MAQIS gagalkan cubaan seludup 1,918 murai kampung

MAQIS gagalkan cubaan seludup 1,918 murai kampung
MELAKA: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mematahkan cubaan menyeludup 55 sangkar dengan 1,918 burung murai kampung ke negara jiran di Pantai Alai, dekat sini.
Pengarah MAQIS Melaka, Nora Dinah Abdul Rahman, berkata sangkar dengan semua burung dianggarkan bernilai lebih RM76,000 ditemui oleh pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di pantai berkenaan, kira-kira jam 9.30 pagi pada 26 Ogos lalu.
Beliau berkata, pihaknya menerima serahan kes itu daripada pihak Maritim Malaysia di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kota Linggi membabitkan pengeluaran pertanian tanpa permit MAQIS.
“Hasil hasil pemeriksaan lanjut mendapati sebanyak 55 sangkar dengan 1,918 burung dianggarkan bernilai RM76,720 disyaki ingin dibawa keluar dari Malaysia ke negara jiran tanpa Permit Eksport daripada MAQIS.
Beliau berkata, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.
MAQIS gagalkan cubaan seludup 1,918 murai kampung
https://edisisiasat.com/2021/09/01/kerana-syak-di-curangi-lelaki-jahit-kemaluan-isteri/