PARALIMPIK: Malaysia kemuka bukti Ziyad termasuk CCTV

PARALIMPIK: Malaysia kemuka bukti Ziyad termasuk CCTV

PARALIMPIK: Malaysia kemuka bukti Ziyad termasuk CCTV

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan kem negara sudahpun mengemukakan bukti untuk membantah protes yang dilakukan kem Ukraine sehingga ‘merompak’ pingat emas yang dimenangi Muhammad Ziyad Zolkefli.

“Protes sudah dihantar. Termasuk semua bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di ‘call room’ dan luar ‘call room. Doakan,” katanya menerusi akaun Facebook.

Sementara itu, isteri kepada Ziyad, Zafirah Mohd Nasir menjelaskan jaguh lontar peluru para negara itu hanya lewat dua minit sebelum memasuki bilik menunggu sebelum beraksi di final, petang tadi.





Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Ziyad kepada Zafirah menerusi satu temubual yang dilangsungkan di Astro Arena, sebentar tadi.

“Dia masuk lambat. Dia bercakap dengan ibunya, dia lewat dalam dua minit… tak sempat… Harapan mestilah supaya dia menang kerana dia sudah banyak berkorban untuk pergi ke Tokyo. Kita doakan apa yang terbaik untuk dia.

“Saya cakap kepadanya yang dia sudah melakukan yang terbaik. Jika tak layak pun, saya tahu dia sudah lakukan yang terbaik,” kata Zafirah.

Sementara itu, bapanya, Zolkefli Othman menyifatkan apa yang berlaku sebagai ujian kepada Ziyad sebagai atlet negara dan mengharapkan berita baik dapat berpihak kepada Ziyad dan juga negara.

“Mungkin (lewat) tak jadi masalah pada dia tetapi pihak lawan memandang itu sebagai satu perkara yang sangat besar dan punca masalah. Bagi dia, mungkin biasa sebab bukan masa yang lama, hanya dua minit.





“Kita bersabar dan mungkin ini satu ujian kepadanya. Inilah cabaran kepada keluarga, nak tunggu bertanding pun berdebar. Sudah menang dan gembira, berdebar balik,” katanya.

PARALIMPIK: Malaysia kemuka bukti Ziyad termasuk CCTV


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


 

https://edisisiasat.com/2021/09/01/malaysia-hantar-protes-doakan-menteri/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker