Penganggur didakwa cuba bunuh bapa
KOTA BHARU: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari atas pertuduhan cuba membunuh bapanya, minggu lalu.
Tertuduh, Muhamad Nur Amin Azmail, 28, yang mengalami masalah mental membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan pengetahuannya cuba membunuh bapanya, Azmail Mohd Salmon, 66, dengan menikam leher menggunakan sebilah pisau.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di hadapan Pasar Bachok jam 10.40 pagi, pada 24 Ogos lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry dan tertuduh tidak diwakili peguam.
“Saya mohon tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk menjalani pemeriksaan psikiatri serta tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan yang serius,” katanya.
Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk pemeriksaan dan menetapkan 30 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Penganggur didakwa cuba bunuh bapa
Disyorkan Untuk Anda :
- SEORANG LELAKI RENTUNG SELEPAS KERETA TERBABAS DAN TERBAKAR DI KILOMETER 407 LEBUHRAYA PLUS (VIDEO)
- PINGAT EMAS ZIYAD DI BATALKAN ATAS ALASAN TEKNIKAL
- Cadangan Tubuh RCI Pendedahan Tommy Thomas, Kenapa Blok Pro Dr Mahathir Pula Yang Menggelabah Puyuh?
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/01/maafkan-saya-malaysia-ziyad/