Rugi lebih RM100000 terpedaya tawaran kerja sambilan

Rugi lebih RM100,000 terpedaya tawaran kerja sambilan
Seorang eksekutif sumber manusia berputih mata selepas kerugian RM111,906 akibat terpedaya dengan tawaran kerja sambilan menerusi Facebook. – Foto hiasan

Rugi lebih RM100000 terpedaya tawaran kerja sambilan

SEREMBAN: Seorang eksekutif sumber manusia berputih mata selepas kerugian RM111,906 akibat terpedaya dengan tawaran kerja sambilan menerusi Facebook, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd Ghani, berkata wanita berusia 27 tahun yang menetap di Taman Bukit Senawang Perdana itu, melakukan 25 transaksi pembayaran menggunakan wang akaun peribadi dan akaun bank milik bapanya ke dalam beberapa akaun bank berbeza, membabitkan keseluruhan RM111,906.17.

Beliau berkata, wanita itu mendakwa pada awalnya berurusan dengan individu dikenali sebagai ‘Annie’, yang memintanya membayar sesuatu barangan dan dijanjikan keuntungan 10 peratus daripada harga setiap barangan berkenaan.

“Wanita itu kemudian perlu berurusan dengan pengurus khidmat pelanggan bernama ‘Michell’ dan ‘Mr Tan’ daripada pengurusan kredit. Beluau kemudiannya tertarik dengan tawaran kerja sebagai ‘pembantu pemasaran’,” katanya dalam kenyataan, hari ini.





Katanya, kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Rugi lebih RM100000 terpedaya tawaran kerja sambilan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/01/wanita-ditipu-pegawai-lhdn/

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker