Tiada pengakuan, perbicaraan 2 suspek pengganas Malaysia ditangguh

Tiada pengakuan, perbicaraan 2 suspek pengganas Malaysia ditangguh

Tiada pengakuan, perbicaraan 2 suspek pengganas Malaysia ditangguh

PETALING JAYA: Perbicaraan membabitkan dua suspek pengganas rakyat Malaysia bersama “dalang” dari Indonesia selesai di hadapkan ke tribunal tentera Amerika Syarikat di Teluk Guantanamo semalam dengan tiada pengakuan direkodkan daripada defendan sementara peguam mereka menyuarakan kekecewaan dan keraguan mengenai keadilan prosiding.

Penampilan Mohammed Nazir Lep, Mohd Farik Amin dan warga Indonesia, Encep Nurjaman, yang lebih dikenali sebagai Hambali, selama dua hari di mahkamah ditangguhkan tanpa jadual ditetapkan bagi perbicaraan diteruskan setelah mendengar keputusan defendan.

“Saya menjangkakan kami akan menghabiskan banyak masa untuk mengemukakan rayuan di mahkamah,” kata peguam James Hodes, yang mewakili Hambali, kepada portal berita Indonesia, BenarNews menerusi telefon setelah selesai prosiding.





Tambahnya, mereka semua kecewa terhadap bantahan yang dibuat, menurut laporan diterbitkan portal berkenaan awal pagi ini.

Ketiga-tiga suspek berdepan lapan tuduhan, termasuk tujuh berhubung pengeboman di Bali yang mengorbankan 202 orang pada Oktober 2002 dan di hotel JW Marriott di Jakarta pada 2003.


Disyorkan Untuk Anda :


Lapan tuduhan berkenaan membabitkan konspirasi, membunuh, percubaan membunuh dengan sengaja menyebabkan kecederaan badan yang serius, keganasan, pemusnahan harta benda serta menyerang orang awam dan objek awam.

Kesemua suspek diberkas di Thailand pada 2003 dan dihantar ke lokasi rahsia yang dikendalikan CIA sebelum dipindahkan ke penjara tentera di Teluk Guantanamo pada 2006.

Pada hari pertama perbicaraan, iaitu Isnin, peguam bela mengemukakan bantahan terhadap seorang jurubahasa – digelar “Mr Singh” oleh laporan berita – yang dikatakan menterjemah perbualan antara defendan dan peguam yang tidak dinamakan semasa duduk dengan pasukan pendakwaan.





Hakim perbicaraan, Hayes Larsen, memutuskan untuk memihak kepada peguam pendakwa yang membantah permohonan peguam bela supaya penterjemah itu dikeluarkan sebelum prosiding diteruskan.

Menurut laporan itu, Hodes dan peguam Christine Funk, yang mewakili Farik, dan Brian Bouffard, yang mewakili Nazir, menghabiskan sebahagian besar masa dalam perbicaraan semalam menghujahkan tafsiran tepat tuduhan yang serius dan meluas.

Hodes berkata, pihak pembelaan tidak mempunyai tempoh masa untuk kes itu disambung atau bila ia dapat mencapai keputusan, sambil menambah, beliau dan peguam lain belum menerima bahan bukti daripada pihak pendakwaan.

“Mungkin ia tidak akan diberikan sehingga tahun depan,” katanya kepada pemberita.

Tiada peluang untuk perbicaraan adil





Disyorkan Untuk Anda :


Selepas prosiding, peguam Farik, Funk menzahirkan kekecewaannya.

“Jujurnya, selepas prosiding dua hari ini, saya tidak nampak sebarang bukti yang menunjukkan (Farik) akan mendapat perbicaraan yang adil,” katanya seperti dipetik AP.

Bouffard turut berkata, terlalu banyak kelemahan dalam prosiding dan ia patut diadakan semula, lapor AP.

Joshua Kastenberg, seorang profesor undang-undang di Universiti New Mexico dan bekas hakim tentera udara AS berkata, pihak pembelaan wajar menyuarakan kebimbangan mereka mengenai jurubahasa yang duduk dengan pihak pendakwaan dan meminta perkara ini dimasukkan ke dalam rekod.

“Ini boleh jadi kelebihan yang tidak adil dalam prosiding. Saya ingin tekankan, ini adalah hujah yang baik,” katanya kepada BenarNews.





Beliau turut berkata, peguam bela wajar berhujah mengenai tafsiran yang tepat bagi sebarang keterangan, dengan menyatakan ia adalah asas perbicaraan yang sempurna.

Menurut tuduhan konspirasi, ketiga-ketiga suspek didakwa bersubahat dengan pemimpin al-Qaeda Osama bin Laden dan Khalid Sheikh Mohammed, yang disyaki merancang serangan 11 Sept di New York dan Washington, sejak Ogos 1996.

Pejabat Suruhanjaya Tentera menjadualkan pendengaran pra-perbicaraan untuk Khalid dari 1 hingga 19 Nov di mahkamah Teluk Guantanamo, kata Pentagon semalam.

Nazir dan Farik juga berdepan tuduhan menjadi peserta selepas fakta kerana didakwa menghalang penangkapan Hambali antara 12 Okt 2002, tarikh pengeboman Bali, dan sekitar 30 Jun 2003, dengan menyediakan dokumen palsu, senjata dan dana, selain pengangkutan dan penginapan.

Prosiding ini disiarkan dari jarak jauh kepada segelintir pemberita yang membuat liputan mengenainya dari Fort Meade, pangkalan tentera AS di Maryland, berdekatan Washington.





Pihak tentera meminta petugas media yang menghadiri perbicaraan di Camp Justice, Guantanamo Bay dan juga mereka yang menontonnya dari Fort Meade untuk tidak mengambil gambar atau video semasa prosiding berjalan.

Tiada pengakuan, perbicaraan 2 suspek pengganas Malaysia ditangguh


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/01/tarikh-bayaran-bpr-fasa-3/

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker