Wanita ditipu pegawai LHDN

Wanita ditipu 'pegawai LHDN'

Wanita ditipu pegawai LHDN

PORT DICKSON: Suri rumah berusia 53 tahun kerugian lebih RM35,000 kerana ditipu individu menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan polis.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata wanita itu menerima panggilan telefon daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai Mohd Aiman daripada ‘LHDN’ yang memaklumkan mangsa ada tunggakan cukai syarikat.

Katanya, syarikat itu Newest Enterprise dikatakan beralamat di Kedah yang didaftarkan atas nama mangsa.





“Mangsa yang menafikan perkara ini dan panggilan kononnya disambungkan kepada Tuan Sulaiman daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah yang memaklumkan terdapat kebocoran maklumat mengenai akaun Tabung Haji dan ASB milik mangsa dan disalah guna pihak lain.

Aidi Sham berkata, mangsa membuat tiga transaksi pada 12 Ogos hingga 13 Ogos lalu.

“Hasil semakan akaun mangsa mendapati, wang di dalam akaun juga sudah dipindahkan kepada satu akaun lain menyebabkan mangsa mengalami kerugian keseluruhan RM35,300 iaitu wang simpanan mangsa dan arwah suami.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda jika sabit kesalahan,” katanya.

Aidi Sham berkata, orang ramai tidak harus mudah mempercayai panggilan yang mengaku mereka sebagai badan penguat kuasa atau institusi kewangan.





“Mereka juga diminta untuk tidak memdedahkan butiran perbankan kepada pihak yang tidak dikenali bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan,” katanya.

Wanita ditipu Pegawai LHDN






Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker