2 Maut Apabila Lori Jatuh Ke Dalam Gaung (Video)

Dua lelaki maut apabila sebuah lori membawa baja terbabas ke dalam gaung di Kilometer 43.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat sini, hari ini.

Pemandu lori berusia 56 tahun bersama kelindannya berusia 25 tahun maut di tempat kejadian.

Lori berkenaan dari Sabak Bernam, Selangor dan dalam perjalanan menghala ke Raub dipercayai hilang kawalan di kawasan selekoh di tempat kejadian sebelum terbabas ke kiri jalan dan terjunam ke gaung.

Kedua-dua mangsa kemudiannya tersepit di bawah lori itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.





Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar meminta mana-mana pihak yang menyaksikan kejadian berkenaan supaya tampil ke mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong Azha Aris berkata, pihaknya bomba menerima panggilan pada 2.40 petang dan sampai ke lokasi kejadian pada 3.00 petang.

“Seramai 13 anggota bomba terbabit dalam operasi mengeluarkan kedua mangsa yang tersepit,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker