463 kawasan terjejas pulih sepenuhnya, kata Air Selangor

463 kawasan terjejas pulih sepenuhnya, kata Air Selangor

463 kawasan terjejas pulih sepenuhnya, kata Air Selangor

PETALING JAYA: Semua 463 kawasan terjejas bekalan air di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat sebelum ini pulih sepenuhnya dan menerima bekalan air bersih pagi tadi, kata Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Ketua Komunikasi Korporat Elina Baseri berkata, semua kawasan terjejas ekoran henti tugas loji rawatan air Sungai Semenyih itu telah menerima bekalan air bersih sepenuhnya pada jam 6 pagi tadi.

“Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” katanya dalam kenyataan.





Loji rawatan Sungai Semenyih ditutup pada 11.10 pagi kelmarin selepas pencemaran bau dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

Antara kawasan yang terjejas bekalan air akibat kejadian ini termasuk Hospital Serdang dan Hospital Universiti Putra Malaysia, serta pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

ADVERTISING

Terdahulu, Air Selangor juga telah menggerakkan bantuan bekalan air kecemasan kepada pengguna dan premis kritikal yang terlibat, dengan 94 lori tangki air digerakkan ke kawasan terjejas.

463 kawasan terjejas pulih sepenuhnya, kata Air Selangor


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami






https://edisisiasat.com/2021/09/02/wan-muhammad-azri-digantung-keahlian-umno-6-tahun/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker