Annuar ajak netizen bantu tambah baik KKMM

Annuar ajak netizen bantu tambah baik KKMM
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa. – Foto BERNAMA

Annuar ajak netizen bantu tambah baik KKMM

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa membuka ruangan di akaun Twitternya untuk orang ramai menyuarakan cadangan dan harapan bagi menambah baik kementerian berkenaan.

Beliau menjangkakan dalam minggu pertama berada di kementerian, saban hari akan diberikan taklimat oleh pelbagai jabatan dan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).


Disyorkan Untuk Anda :


“Saya akan berusaha memahami sepenuhnya perkembangan KKMM, terutama dalam menangani isu berkenaan jurang digital, pelaksanaan 5G, menghubungkan “the under-connected” dan melihat bagaimana kita boleh menyegerakan dan menambahbaiknya,” katanya.

Annuar, 65, sebelum ini pernah menjadi menteri di Kementerian Belia dan Sukan (1990-1993), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (1993-1999) dan Kementerian Wilayah Persekutuan dari Mac 2020 hingga 16 Ogos lalu susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.





Annuar bersama 29 menteri dan 37 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Isnin lalu. – BERNAMA

https://edisisiasat.com/2021/09/02/biadap-pemimpin-pas-labelkan-rakyat-malaysia-sebagai-orang-gila/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker