AZZAM SHAM BERDEPAN UJIAN – DATUK MENINGGAL DUNIA, IBU BAPA POSITIF COVID-19
AZZAM SHAM BERDEPAN UJIAN – DATUK MENINGGAL DUNIA, IBU BAPA POSITIF COVID-19
“Saya dapat berita datuk saya meninggal dunia pada pukul 2.45 pagi Isnin disebabkan komplikasi paru-paru dan uzur. Pagi tu juga masa nak urus jenazah, keadaan ayah tak berapa sihat.
“Saya tak sedap hati terus buat swab test dan malangnya keputusan mak dan ayah positif Covid-19. Mereka kini sedang kuarantin di rumah abang angkat saya. Keadaan mak saya baik tapi ayah saya ada asma.
“Itu yang membimbangkan terutama bila dia batuk-batuk,” itulah kata penyanyi Azzam Sham apabila dia berdepan ujian berat dimana datuknya meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada pagi Selasa dan pada hari yang sama, turut mendapat berita ibu bapanya pula disahkan positif Covid-19.
Bagaimanapun, menurut Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzamuddin Loo Hisham, 24, kebimbangannya sedikit berkurangan kerana ibu bapanya telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19.
Sementara itu, kata Azzam sebagai anak sulung dia bertanggungjawab untuk menjaga lima adiknya sehingga keadaan ayah dan ibunya kembali pulih.
“Ini adalah ujian yang besar untuk saya. Saya anak sulung jadi saya kena kuat untuk adik-adik. Buat masa sekarang saya jaga adik-adik, Alhamdulillah mereka semua negatif,” ujarnya lagi.
AZZAM SHAM BERDEPAN UJIAN – DATUK MENINGGAL DUNIA, IBU BAPA POSITIF COVID-19
Disyorkan Untuk Anda :
- SEORANG LELAKI RENTUNG SELEPAS KERETA TERBABAS DAN TERBAKAR DI KILOMETER 407 LEBUHRAYA PLUS (VIDEO)
- PINGAT EMAS ZIYAD DI BATALKAN ATAS ALASAN TEKNIKAL
- Cadangan Tubuh RCI Pendedahan Tommy Thomas, Kenapa Blok Pro Dr Mahathir Pula Yang Menggelabah Puyuh?
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/01/kartel-projek-perniagaan-berdepan-hukuman-penjara-483-tahun/