BIADAP!!! Pemimpin PAS Labelkan Rakyat Malaysia Sebagai Orang Gila!!!

BIADAP!!! Pemimpin PAS Labelkan Rakyat Malaysia Sebagai Orang Gila!!!

BIADAP!!! Pemimpin PAS Labelkan Rakyat Malaysia Sebagai Orang Gila!!!

Pemimpin PAS memang dikenali dengan keceluparan mulut mereka.

Skuad Edisi Siasat tidak pasti, apa pegangan akhlak mereka, tetapi sebagai orang Islam Ahli Sunnah Wal Jamiah yang bermazhab Syafie, pastinya di dalam bersosial atau berpolitik, akhlak baginda Rasulullah SAW menjadi pegangan kita.

Telah berkata seorang lelaki kepada Rasulullah SAW:





“Wahai Rasulullah, sesungguhnya wanita ini terkenal dengan banyaknya solat, berpuasa dan bersedekah tetapi dia sentiasa menyakiti jirannya dengan lidahnya.” Lalu Nabi bersabda: “Dia akan masuk ke dalam neraka.” – [HR Ahmad 9675].

Mokhtar Senik, seorang Ahli Dewan Ulamak PAS yang juga merupakan mantan Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang memang sering menimbulkan kontroversi, sama ada di dalam ucapan, mahu pun perbuatan beliau.

Pernah tular di media sosial mengenai skandal Mokhtar Senik dengan isteri orang yang bernama Leena, tetapi skuad Edisi Siasat tidak mahu memberikan apa-apa komen mengenai isu itu kerana tiada tindakan susulan yang diambil oleh pihak terbabit.

Namun video klip yang skuad Edisi Siasat kongsikan di atas, dikatakan jerat yang dipasang oleh suami wanita berkenaan untuk membuktikan bahawa dakwaan itu adalah benar.

Namun, tindakan terbaharu Mokhtar Senik yang melabelkan rakyat Malaysia sebagai orang gila, adalah sesuatu perbuatan yang benar-benar biadap.





Isu ini timbul bila ada netizen yang mempertikaikan saiz kabinet mega yang dibentuk oleh Ismail Sabri yang mempunyai bilangan ahli kabinet yang sama dengan kabinet Perikatan Nasional.

Di dalam keadaan ekonomi negara yang sangat tenat, majoriti rakyat mahu supaya kabinet yang kecil supaya wang negara dan rakyat dibebani oleh perbelanjaan yang besar.

Dalam membalas ciapan dari netizen berkenaan, Mokhtar Senik menjawab:

‘Ada yg duk banding jumlah ahli kabinet Malaysia dengan negara lain. Tak payah hairan laa. Kat negara lain tu tak ramai ORANG GILA sbb tu tak perlu ramai ahli kabinet. Sbb nak jaga org gila perlu ramai yg menjaganya. Itu tak campur lagi group meroyan dan group merapu tak sudah2.

 





UMS

Kuantan.q

Baca di sini:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4467786089947682&id=100001490058504

Sekiranya perkataan itu keluar dari Ahli PAS atau pemimpin PAS biasa, bagi skuad Edisi Siasat, ianya bukanlah satu isu yang besar, kerana kita faham kebanyakan mereka agak beremosi di dalam menzahirkan pandangan, tetapi, bila ianya datang dari seorang pemimpin yang menganggotai Dewan Ulamak PAS dan meruoakan mantan Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang, maka sudah pasti ianya akan menjadi persolan yang cukup besar.





Beginikah akhlak seorang ulamak sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam?

Islam tidak bersalah tetapi manusia yang berselindung di sebalik gelaran ulamak itulah yang bersalah kerana ulamak sebenar tidak hanya boleh diukur dengan ilmu tetapi mestilah juga seiring dengan akhlak Islam yang sebenar.

BIADAP!!! Pemimpin PAS Labelkan Rakyat Malaysia Sebagai Orang Gila!!!


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/01/peguam-negara-arah-siasatan-lanjut-pesanan-ringkas-peguam-cemar-imej-kehakiman/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker