FAZURA MINTA ‘SCAMMER’ TUDUNG PULANG WANG, BERTAUBAT
FAZURA MINTA ‘SCAMMER’ TUDUNG PULANG WANG, BERTAUBAT
“Dia dah ambil banyak duit orang. Dia gunakan bahan macam katalog untuk menipu dan ramai yang terpedaya. Caranya, dia pujuk pelanggan dengan mengatakan stok masih ada walaupun sebenarnya koleksi yang didakwanya itu sudah lama kehabisan stok. Kemudian, dia minta pembeli membayar dan menyekat nombor semua pelanggan yang sudah membuat pembayaran.
Disyorkan Untuk Anda :
- AGENDA UTAMA ZAHIDI SEBAGAI TIMBALAN MENTERI ADALAH ‘HALALKAN’ TANAMAN KETUM?
- ANAK PAPA MAHU KERJA KERAS
- Perdana Menteri Dedahkan Kegagalan KJ
“Taubatlah, tolonglah. Kalau ada rasa bersalah dalam hati awak, tolonglah bertaubat. Pulangkan semua duit pelanggan dan ejen-ejen saya,” demikian kata pelakon Nur Fazura yang tampil memberi amaran dan meminta individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan produknya untuk kegiatan menipu orang awam agar memulangkan semula wang pembeli tudung jenamanya itu.

Perkara tersebut didedahkan isteri kepada pelakon Fattah Amin ini di Instagram Story miliknya hari ini dan turut memaklumkan modus operandi penipu tersebut. Ujarnya lagi, individu tersebut telah menjalankan kegiatan penipuan itu sejak beberapa bulan lalu namun semakin menjadi-jadi semenjak pelancaran tudung jenama Fazura beberapa hari yang lalu.

Fazura, 38, sebelum ini meraih kejayaan luar biasa menerusi perjualan tudung sehingga mencecah RM2.16 juta. Terkini, Fazura didudga dengan perbuatan tidak bertanggungjawab yang mengaut keuntungan apabila menipu jualan tudungnya.
Kesal dengan tindakan itu, Fazura meminta pelaku tersebut bertaubat dan memulangkan kembali kesemua duit pembeli yang dianiaya. Fazura juga turut memaparkan foto pelaku berkenaan namun tidak dapat dipastikan sama ada foto tersebut adalah wajah sebenar individu tersebut atau sebaliknya.

FAZURA MINTA ‘SCAMMER’ TUDUNG PULANG WANG, BERTAUBAT
Disyorkan Untuk Anda :
- SEORANG LELAKI RENTUNG SELEPAS KERETA TERBABAS DAN TERBAKAR DI KILOMETER 407 LEBUHRAYA PLUS (VIDEO)
- PINGAT EMAS ZIYAD DI BATALKAN ATAS ALASAN TEKNIKAL
- Cadangan Tubuh RCI Pendedahan Tommy Thomas, Kenapa Blok Pro Dr Mahathir Pula Yang Menggelabah Puyuh?
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/02/aishah-mohon-doa-tidak-ditidurkan/