Harga Syiling Kit Ujian Covid-19 Di Tetapkan

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi kenyataan akhbar bersama telah menetapkan harga syiling bagi kit ujian pantas Covid-19 adalah RM19.90 mulai 5 September 2021.

Kedua-dua kementerian turut menetapkan harga borong maksimum bagi kit ujian sama pula ditetapkan pada harga RM16 satu set.

Penetapan harga maksimum ini dibuat atas dasar keprihatinan kerajaan dalam usaha menangani kos sara hidup yang meningkat pada masa kini dan akan dikuatkuasakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

KPDNHEP akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan penetapan harga berkenaan.





Bagi kesalahan menjual melebihi harga maksimum, individu yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

Bagi syarikat pula, mereka boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker