Lepas Klon Kabinet, Tiba Giliran Klon Duta Khas, Penasihat Khas ‘Coming Soon’ Agaknya!!!

Waktu Perdana Menteri, DS Ismail Sabri, umumkan kabinet baharu beliau, ramai yang kecewa.

Bukan sahaja sebab beliau mengekalkan saiz kabinet yang besar peninggalan Mahiaddin.

Tapi muka-muka lama yang sudah membuatkan hidup rakyat Malaysia menderita akibat dari kegagalan mereka juga dilantik semula.

Malah Ismail Sabri menambahkan lagi kemarahan rakyat dengan menambahkan lagi muka-muka baru yang rakyat tidak boleh terima seperti Ahmad Faizal Azumu aka Peja!!!





Kini, seperti tidak memperdulikan kemarahan rakyat, Ismail Sabri sekali lagi menyemarakkan api kemarahan rakyat dengan menyambung kontrak 3 Duta Khas Bertaraf Menteri pusaka peninggalan Mahiaddin Md Yasin.

Perkhidmatan Hj Hadi (PAS), Tiong King Seng (PDP) dan Richard Riot (SUPP) sebagai Duta Khas Bertaraf Menteri disambung semula.

Khidmat Hj Hadi sebagai Duta Khas di Timur Tengah dikekalkan, Richard Riot pula dikekalkan jawatan beliau sebagai Duta Khas di Asia Timur, manakala Tiong King Seng dikekalkan sebagai Duta Khas di China.

Skuad Edisi Siasat tidak tahu apa fungsi sebenar mereka sebagai Duta Khas kerana Malaysia sememangnya sudah ada Duta Besar di negara-negara yang berada di Timur Tengah, Asia Timur dan juga China.





Apa yang kami pasti selama era Mahiaddin, ketiga-tiga Duta Khas Bertaraf Menteri itu tidak mendatangkan apa-apa pulangan kepada negara berbanding dengan segala imbuhan dan kemudahan yang mereka terima.

Kalau Menteri dan Timbalan Menteri diberi tempoh 100 hari untuk membuktikan keupayaan mereka, berapa hari pula agaknya tempoh yang akan diberikan Ismail Sabri kepada ketiga-tiga Duta Khas Bertaraf Menteri ini?

Kabinet sudah Ismail Sabri klon, Duta Khas Bertaraf Menteri pun sudah Ismail Sabri, kini cuma tunggu perlantikan Penasihat Khas Bertaraf Menteri pula.

Barulah lengkap klon Mahiaddin ke atas Ismail Sabri.

Bila agaknya?





Mungkin ‘coming soon’…

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker