Mendapat kerakyatan Malaysia bukan semudah disangka

Mendapat kerakyatan Malaysia bukan semudah disangka

Mendapat kerakyatan Malaysia bukan semudah disangka

PETALING JAYA: Kerakyatan adalah sesuatu yang jarang dihargai, tetapi untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia tidak semudah yang disangka.

FMT melihat mengapa isu kerakyatan hangat diperdebatkan dan apa yang berlaku apabila ada yang ketinggalan.

Perlembagaan Persekutuan membenarkan sesiapa sahaja yang dilahirkan oleh ibu bapa rakyat Malaysia mendapat kerakyatan. Bagaimanapun, hal ini menjadi sulit bagi anak-anak yang mempunyai ibu bapa dengan dua kerakyatan atau dilahirkan luar nikah.





Anak yang dilahirkan di luar negara boleh mendapatkan kerakyatan Malaysia jika bapanya – sekalipun telah meninggal dunia – adalah warganegara Malaysia. Namun, jika ibunya rakyat Malaysia tetapi bapanya warga asing, anak itu tidak mendapat kerakyatan secara automatik.

Bagaimanapun, jika anak itu dilahirkan luar nikah atau sebelum perkahwinan ibu bapanya didaftarkan secara rasmi, situasinya bertentangan – anak akan mengikut kerakyatan ibu.

Ini kerana dalam Seksyen 17, Bahagian III Jadual Kedua Perlembagaan, istilah-istilah yang digunakan dalam kelahiran tidak sah taraf ditafsirkan sebagai merujuk ke ibu.


Disyorkan Untuk Anda :


Mengapa ini menjadi masalah?

Ini bermaksud bahawa walaupun mungkin tidak dapat menjalani kehidupan sebenar di luar negara, individu yang tinggal di Malaysia tanpa kerakyatan berdepan halangan yang sama dengan warga asing.

Individu dalam situasi ini perlu kerap memohon visa pelajar untuk bersekolah dan mungkin tidak layak mendapat bantuan kerajaan. Mereka juga akan berdepan halangan ketika mendapatkan perkhidmatan kesihatan di fasiliti kerajaan. Mereka tidak dapat menikmati subsidi yang diberikan kepada rakyat Malaysia.





Kanak-kanak, terutamanya yang dilahirkan luar nikah, mungkin menjadi individu tidak bernegara. Dengan tiada negara lain yang menuntut mereka dan tidak dapat memperoleh kerakyatan Malaysia, kehidupan mereka jadi tidak menentu tanpa akses kepada banyak keperluan asas.

Nalvin Dhillon, yang pernah ditemu bual FMT contohnya, tidak dapat membuka akaun bank atau mendapatkan lesen memandu tanpa pasport atau kad pengenalan.

Di hospital kerajaan, beliau dikenakan bayaran pendaftaran lebih RM100 bagi mendapatkan rawatan.

Pandangan

Menurut pengkritik, undang-undang itu bersifat diskriminatif kerana ibu dan bapa tidak mendapat layanan setara.

Undang-undang ini juga menyukarkan wanita Malaysia di luar negara untuk meninggalkan suami warga asing kerana anak mereka tidak berhak mendapat kerakyatan di tanah air sendiri.





Bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Hannah Yeoh lewat tahun lepas berkata, mana-mana anak yang dilahirkan, atau diambil sebagai anak angkat, oleh rakyat Malaysia patut mempunyai hak untuk mendapat kerakyatan, tanpa mengira status perkahwinan atau jantina ibu bapanya.

Bekas menteri undang-undang Azalina Othman Said pula menyifatkan undang-undang itu sebagai “tidak adil”.

“Ini seperti mengatakan wanita tidak mempunyai otak ketika mereka memutuskan untuk berkahwin dengan warga asing dan mempunyai anak.

“Ini 2021 lah. Secara peribadi, saya tidak faham logik di sebaliknya,” katanya.

Enam ibu dan sebuah kumpulan bergelar Family Frontiers telah memfailkan dokumen di Mahkamah Tinggi memohon deklarasi bahawa beberapa peruntukan dalam Perlembagaan berkait kerakyatan tidak sah kerana bersifat diskriminatif terhadap wanita.





Mendapat kerakyatan Malaysia bukan semudah disangka


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


https://edisisiasat.com/2021/09/02/syura-bohonglah-kalau-tak-sedih/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker