Pahang, Kedah kongsi mata

Pahang, Kedah kongsi mata

Pahang, Kedah kongsi mata

KUANTAN: Sri Pahang FC sekadar seri 2-2 menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Namun, tuan rumah dikejutkan dengan gol pendahuluan lawan hasil jaringan pemain tengah, Mohamad Amirul Hisyam Awang Kechik pada minit ke-11.

Selang tiga minit, Sri Pahang hampir menjaringkan gol penyamaan tetapi bola rembatan Kenny Athiu berjaya ditepis keluar penjaga gol Kedah, Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim.





Minit ke-18, Manuel Hidalgo turut memiliki peluang membolosi gawang lawan tetapi bola tendangan pemain tengah import itu sedikit melepasi palang lawan.

Bersambung babak kedua, permainan berhati-hati dipersembahkan kedua-dua pasukan ketika bola lebih banyak berlegar di tengah padang.

Tidak mengenal erti berputus asa, Athiu berjaya menjaringkan gol penyamaan 2-2 sekali gus memastikan menyekat Kedah membawa pulang tiga mata.

Pahang, Kedah kongsi mata


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami






https://edisisiasat.com/2021/09/01/ismail-sabri-tidak-mendapat-sokongan-ketua-bahagian-umno/

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker