Perarakan kemenangan Taliban guna aset tentera AS

Perarakan kemenangan Taliban guna aset tentera AS
KANDAHAR: Pejuang Taliban hari ini mempamerkan aset tentera Amerika Syarikat (AS) yang dirampas dalam perarakan meraikan kemenangan mereka pada 15 Ogos lalu.
Beberapa pejuang dilihat berdiri di atas Humvee, malah sebahagian besar senjata milik tentera AS dan pertubuhan Perjanjian Atlantik (NATO) termasuk sebuah helikopter jenis Black Hawk turut kelihatan dalam perarakan itu.
Deretan kenderaan hijau berbaris di sepanjang lebuh raya di luar bandar kedua terbesar di Afghanistan, Kandahar, dengan kebanyakannya dipasang bendera putih hitam Taliban.
Pejuang Taliban mengawal trak pelbagai guna digunakan AS, NATO dan tentera Afghanistan ketika perang selama 20 tahun di negara itu dan selebihnya menaiki kenderaan lain di Ayno Maina, pekan di pinggir bandar berkenaan.
Disyorkan Untuk Anda :
- KARTEL PROJEK PERNIAGAAN BERDEPAN HUKUMAN PENJARA 483 TAHUN
- BERI LEBIH BANYAK TUNAI, TINGKAT KEYAKINAN RAKYAT BERBELANJA, NAJIB BERITAHU KERAJAAN
- TERKINI!!! VIDEO SIDANG MEDIA MENTERI KEWANGAN MENGENAI TARIKH BAYARAN BPR @ BKC FASA 3
Sekurang-kurangnya sebuah helikopter Black Hawk dilihat terbang di ruang udara Kandahar sejak beberapa hari lalu, ternyata seorang bekas tentera Afghanistan mengawalnya kerana Taliban kekurangan juruterbang berkelayakan.
Kandahar adalah wilayah utama etnik Pashtun menganggotai Taliban yang ditubuhkan pada 1996 dan menjelang 2001, ketika pasukan tentera diketuai AS menyerang, Taliban sudah menguasai hampir keseluruhan negara itu.
Di Lapangan Kriket Kandahar, pemimpin Taliban berjanggut putih menunggu di tempat pemain simpanan, duduk di atas kerusi sambil menunggu perarakan itu bermula.
Pemimpin agung Taliban, Hibatullah Akhundzada, kini tinggal di Kandahar, kata kumpulan itu pada Ahad lalu, selepas beberapa tahun dalam persembunyian.
Khabar angin tersebar mengatakan beliau akan membuat kemunculan hari ini, namun ia tidak menjadi kenyataan, sebaliknya gabenor baharu bandar itu menyampaikan ucapan kepada hadirin. – AFP
Perarakan kemenangan Taliban guna aset tentera AS
Disyorkan Untuk Anda :
- ISMAIL SABRI TIDAK MENDAPAT SOKONGAN KETUA BAHAGIAN UMNO?
- BIADAP!!! PEMIMPIN PAS LABELKAN RAKYAT MALAYSIA SEBAGAI ORANG GILA!!!
- FAZURA MINTA ‘SCAMMER’ TUDUNG PULANG WANG, BERTAUBAT
Lawati Laman Facebook Kami