PM Bagi 100 Hari, Tapi Menteri Agama Kata Cuma Perlu 5 Hari Saja

Perdana Menteri, DS Ismail Sabri, sudah memberikan ‘amaran’ kepada semua Menteri dan Timbalan Menteri yang baru dilantik supaya membuktikan keupayaan mereka di dalam masa 100 hari.

Tapi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Hal Ehwal Agama Islam), Idris Ahmad, pernah berkata, beliau cuma memerlukan 5 hari sahaja untuk melakukan perubahan.

Namun, dari pemerhatian skuad Edisi Siasat, seawal hari pertama memasuki pejabat, Idris sudah memulakan langkah sumbang.

Dalam satu gambar yang tular di media sosial, tindakan Idris memuatnaik di media sosial, gambar beliau yang sedang melakukan solat di pejabat beliau telah menjadi pertikaian netizen apabila mereka mengesan sesuatu yang agak meragukan.

Bagi skuad Edisi Siasat, tindakan Idris melakukan solat di pejabat beliau adalah satu tindakan yang terpuji, namun, persoalan yang dilemparkan oleh netizen juga ada asasnya.





Dalam gambar dengan posisi Idris mengangkat tangan untuk berdoa, kelihatan anak mata Idris seolah-olah sedang menjeling ke arah kamera.

Skuad Edisi Siasat tidak pasti, apakah motif sebenar atau keperluan Idris memuatnaik gambar tersebut, tapi yang pastinya tindakan sebegitu boleh membuka ruang untuk fitnah.





Dan ianya terbukti apabila mendapat kecaman dari pihak netizen.

Bukan mempertikaikan keikhlasan Idris dalam melakukan ibadah kepada Allah SWT, tetapi, eloklah Idris menghayati peringatan yang diberikan oleh Ustaz Auni Mohamed ini.

Sebenarnya, banyak lagi perkara yang jauh lebih penting untuk Idris lakukan, menyediakan perancangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) untuk membongkar skandal penjualan aset Tabung Haji di era Pakatan Harapan.

Begitu juga agenda memartabatkan Undang-Undang Syariah melalui pindaan Rang Undang Undang 355 yang selama ini PAS perjuangkan.

Penting juga Idris tumpukan perhatian kepada masalah bilangan orang Islam yang murtad di mana semakin hari semakin bertambah bilangannya.





Masalah LGBT juga seharusnya mendapat perhatian utama Idris kerana ianya bersangkutan dengan akidah dan akhlak umat Islam di Malaysia.

Semuga Idris mampu membuktikan kemampuan beliau dalam 100 hari yang pertama, tetapi sekiranya Idris masih lagi mahu bersikap sedemikian, skuad Edisi Siasat hanya mampu katakan ‘Good Luck’.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker