Rakyat Afghanistan tinggalkan negara guna jalan darat

Rakyat Afghanistan tinggalkan negara guna jalan darat
WASHINGTON: Pesawat terakhir tentera Amerika Syarikat (AS) berlepas dari Afghanistan semalam dan pesawat komersial kini menjauhi lapangan terbang Kabul kerana tiada kawalan trafik udara.
Justeru, sebahagian besar penduduk Afghanistan yang masih mahu meninggalkan negara itu kini mempertimbangkan alternatif menggunakan laluan darat yang selamat untuk ke negara jiran.
Rundingan antara Taliban, Qatar dan Turki berhubung operasi lapangan terbang pula dijangka mengambil masa beberapa hari atau minggu untuk dimuktamadkan tetapi masih ramai yang tidak mempercayai atau yakin dengan jaminan Taliban.
Malah, kebanyakan rakyat Afghanistan sudah bergerak ke arah Pakistan manakala sejumlah yang lain cuba menuju ke sempadan Afghanistan dengan negara Asia Tengah lain.
Seorang bapa kepada enam anak perempuan bergelut melepasi pemeriksaan Taliban untuk menuju ke pintu masuk lapangan terbang Kabul selama beberapa hari berturut-turut, dengan harapan dapat menaiki pesawat.
Disyorkan Untuk Anda :
- ISMAIL SABRI PERLU SEGERA BENTANG USUL UNDI PERCAYA – DAP
- “INI BUKAN ISU BANGSA, POLITIK” – HARITH ISKANDER TUNTUT KEADILAN UNTUK THAVA SAGAYAM
- SAMAKAN LAWAK DENGAN POLITIK, SHAHROL SHIRO DITEGUR HANS ISAAC
Hussain, yang juga pemegang pasport AS bekerja dengan tentera negara itu, hanya mampu melihat apabila kumpulan tentera terakhir meninggalkan Afghanistan menaiki pesawat C-17 AS, sekali gus mengakhiri campur tangan selama 20 tahun.
Beliau sudah menghubungi Kedutaan AS sejak beberapa hari lalu, namun tidak diangkat, sebelum seorang askar AS menghubunginya memaklum beliau hanya boleh menaiki pesawat berseorangan tanpa anak-anaknya yang bukan rakyat AS.
Isterinya pula sudah meninggal dunia pada Julai lalu akibat COVID-19, bermakna menaiki pesawat untuk keluar dari Afghanistan dengan meninggalkan anak-anak bukan satu pilihan baginya.
Hussain kini antara sejumlah individu yang sedang mempertimbang untuk melakukan perjalanan darat yang berbahaya untuk meninggalkan Afghanistan.
“Menerusi berita dan saudara, saya mendapat tahu ribuan individu sedang menunggu di sempadan Afghanistan atau Pakistan untuk cuba masuk ke Pakistan.
“Saya tak pasti sama ada saya dapat pergi ke Tajikistan,” katanya yang bimbangkan keselamatan anaknya.
Pemegang pasport asing seperti Hussain, rakyat Afghanistan yang memiliki visa serta pemberi rasuah adalah antara mereka yang berjaya tiba ke destinasi buat masa ini.
“Buat masa ini, terdapat dinding batu di seluruh negara itu,” kata seorang bekas pegawai AS yang berada dalam jaringan tidak rasmi menyelamatkan rakyat AS, pemegang kad hijau dan rakyat Afghanistan yang berisiko, menaiki pesawat penyelamat. – AGENSI
Disyorkan Untuk Anda :
- SEORANG LELAKI RENTUNG SELEPAS KERETA TERBABAS DAN TERBAKAR DI KILOMETER 407 LEBUHRAYA PLUS (VIDEO)
- PINGAT EMAS ZIYAD DI BATALKAN ATAS ALASAN TEKNIKAL
- Cadangan Tubuh RCI Pendedahan Tommy Thomas, Kenapa Blok Pro Dr Mahathir Pula Yang Menggelabah Puyuh?
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/01/lelaki-bunuh-tukang-urut-didakwa-cacatkan-alat-kelamin/