SYURA : BOHONGLAH KALAU TAK SEDIH

SYURA : BOHONGLAH KALAU TAK SEDIH

SYURA : BOHONGLAH KALAU TAK SEDIH

Semua sedia maklum mengenai kemelut yang melanda antara penyanyi dan pelakon Siti Nordiana dengan dua lagi rakan artis iaitu Lan Solo dan Syura Badron. Isu tersebut hangat diperkatakan sejak bulan lalu.

Syura ketika ditanya berhubung hal ini berkata, dia dan Siti Nordiana atau Nana pernah bernaung di bawah syarikat yang sama sejak usia belasan tahun lagi. Ujarnya, tiada siapa mahukan semua ini akan berlaku, namun setiap manusia itu tidak sempurna dan tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

“Tiada siapa mahu semua ini berlaku. Jujur saya cakap, ketika mula bertatih dalam bidang seni, dialah (Nana) orang pertama yang saya kenal. Kami satu label yang sama, nyanyi, bikin video muzik dan pergi ‘road tour’ bersama-sama sejak berusia 14 tahun.





“Apabila semua ini berlaku, sudah tentu saya sendiri fikir mana pergi semua persahabatan. Saya percaya, manusia tak sempurna dan itu juga sifat saya. Kita semua buat silap kerana itu memang fitrah,” katanya.


Disyorkan Untuk Anda :


Kata Syura lagi, dia tidak menyangka perkara itu akan berlarutan sehingga ke mahkamah dan mengakui sedih di atas apa yang berlaku. Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, Syura turut memohon maaf dan memaafkan apa sahaja yang berlaku.

SYURA : BOHONGLAH KALAU TAK SEDIH

“Saya percaya itu juga yang berlaku antara saya dengan Nana. Kami pernah sama-sama menjalani zaman anak dara sampailah sekarang. Bohonglah kalau saya cakap tak sedih dengan apa yang berlaku.

“Kalau boleh saya tak nak keruhkan keadaan. Daripada pihak saya, dari bibir saya sendiri, saya mohon maaf dan memaafkan apa sahaja yang berlaku baik apa yang orang tahu mahupun tidak,” jelasnya.





Dalam pada itu, Syura berkata dia menyerahkan segalanya kepada takdir dan tindakan lanjut daripada Nana mengenai permasalahan tersebut.

“Saya sudah sampai tahap fikir, apa sahaja yang keluar dari bibir saya, orang ramai akan label saya yang memulakan angkara ini, sayalah ‘villain’ dan sebagainya.

“Kalau dia (Nana) rasa bawa perkara ini ke mahkamah dapat selesaikan masalah, terpulang kepadanya. Saya reda dan ikut sahaja kalau itu memberikan keadilan kepada siapa yang berasakan dirinya teraniaya atau bagaimana,” ujarnya.

SYURA : BOHONGLAH KALAU TAK SEDIH


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami






https://edisisiasat.com/2021/09/02/aishah-mohon-doa-tidak-ditidurkan/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker