TAHAP OKSIGEN SUAMI TURUN – EINA AZMAN MOHON DOA

TAHAP OKSIGEN SUAMI TURUN – EINA AZMAN MOHON DOA

“Assalamualaikum semua… Saya mohon semua mendoakan kesihatan dan kesejahteraan suami saya, Kaiser Gurmeet Abdullah kembali seperti sedia kala. Doakan suami saya yang kini berada di hospital agar kuat untuk melawan virus COVID-19. Sebab oxygen suami saya semakin menurun hingga perlu pakai bantuan oxygen.

“Terima kasih semua,” tulis pelakon Eina Azman yang memohon orang ramai mendoakan suaminya, Datuk Kaiser Gurmeet Abdullah apabila tahap oksigennya kini semakin menurun selepas dijangkiti positif Covid-19 semalam.

Sebelum ini, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 26, dalam hantaran berbeza berkongsi suasana sedih yang menyelubunginya sempena ulang tahun perkahwinan ketujuh apabila dia dan suami serta dua pembantu rumah mereka disahkan positif Covid-19.





Katanya, sebelum ini, mereka menjalani rawatan dan pemeriksaan berkala setiap dua hari sekali di hospital akibat mengalami simpton demam dan batuk manakala suaminya pula berhadapan situasi agak teruk dengan suhu badan tinggi selain tahap oksigen tidak menentu.

Terdahulu, Eina selesai menjalani pembedahan pada bahagian lehernya di Hospital Gleaneagles, Kuala Lumpur pada 17 Ogos lalu.

Sebelum itu, dia mendedahkan pernah menjalani prosedur biopsy pada bahagian leher sebanyak empat kali sejak 2016 iaitu pengambilan sampel tisu atau sel untuk didiagnosis sesuatu penyakit.

Menerusi perkahwinannya dengan Kaiser yang juga ahli perniagaan, rumah tangga mereka dikurniakan sepasang kembar berusia lima tahun, Ariana Aubrey dan Karl Kareef.





TAHAP OKSIGEN SUAMI TURUN - EINA AZMAN MOHON DOA TAHAP OKSIGEN SUAMI TURUN - EINA AZMAN MOHON DOA TAHAP OKSIGEN SUAMI TURUN - EINA AZMAN MOHON DOA

TAHAP OKSIGEN SUAMI TURUN – EINA AZMAN MOHON DOA


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/02/fazura-minta-scammer-tudung-pulang-wang-bertaubat/

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker