Termakan amaran ‘Tuan Chong’, pesara hilang RM418,000

Termakan amaran ‘Tuan Chong’, pesara hilang RM418,000
Mangsa terpedaya selepas dihubungi ‘pegawai polis’ mendakwa ada waran tangkap terhadapnya kerana pengubahan wang haram bernilai RM2.18 juta. (Gambar AFP)

Termakan amaran ‘Tuan Chong’, pesara hilang RM418,000

PETALING JAYA: Tindakan menurut arahan “Tuan Chong” membawa padah selepas seorang pesara kerajaan memindahkan wang simpanan RM418,000 ke akaun bank lain kononnya memudahkan siasatan berkaitan jenayah pengubahan wang haram.

Wanita berusia 60-an yang juga pesara kerajaan itu dihubungi seseorang yang menyamar sebagai wakil syarikat insurans bulan lalu, yang mendakwa tuntutannya sebanyak RM48,000 sudah diluluskan dan dibayar ke akaun bank tempatan miliknya.

“Individu terbabit kononnya ingin membuat semakan identiti mangsa dan meminta mendedahkan semua butiran akaun bank dimiliki mangsa seperti nombor akaun, nombor kad mesin juruwang automatik (ATM) serta baki akaun.


Disyorkan Untuk Anda :


“Panggilan itu kemudiannya disambung kepada ‘pegawai atasan’ yang memperkenalkan diri sebagai Tuan Chong dan mendakwa terdapat waran tangkap terhadap mangsa kerana terbabit dalam satu kes jenayah pengubahan wang haram bernilai RM2.18 juta.





“Bagi memudahkan ‘siasatan’ dan mengelakkan ditangkap, Tuan Chong mengarahkan mangsa memindahkan semua wang yang dimilikinya ke satu akaun bank yang dibuka di sini,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Shafien berkata, mangsa hanya menyedari ditipu selepas ke cawangan bank dan memeriksa baki akaun pada pagi 30 Ogos lalu dan mendapati wang sebanyak RM418,000 sudah dipindah keluar ke akaun bank milik pihak ketiga tanpa pengetahuan dan kebenaran mangsa.

Menurutnya, mangsa terus membuat laporan polis dan kes kini dalam siasatan kerana kesalahan menipu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun.

“Penipuan jenayah telekomunikasi seperti Macau Scam sering mendapat liputan meluas di media massa dan media sosial tetapi masih ada individu yang terpedaya dari pelbagai peringkat umur serta latar belakang.

“Taktik yang digunakan suspek sentiasa bertukar seperti sebelum ini kerap menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pihak mahkamah, polis dan terkini wakil insurans,” katanya.





Termakan amaran ‘Tuan Chong’, pesara hilang RM418,000

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/02/biadap-pemimpin-pas-labelkan-rakyat-malaysia-sebagai-orang-gila/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker