Timbalan Presiden PAS – Muafakat Nasional Akan Kembali Di Perkukuhkan, Tetapi…

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, memaklumkan mesyuarat Muafakat Nasional akan diadakan buat pertama kali selepas pembentukan kabinet baharu.

Mesyuarat tersebut akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun, tarikh mesyuarat itu belum lagi ditetapkan.

Pemerhati politik melihat perkembangan terbaru itu sebagai langkah antara UMNO dan PAS untuk kembali memperkukuhkan hubungan kerjasama politik antara dua parti itu di dalam Muafakat Nasional bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 15.





Hubungan kerjasama politik antara UMNO dan PAS di dalam Muafakat Nasional dilihat semakin longgar selepas PAS memutuskan untuk menganggotai Perikatan Nasional tajaan PPBM.

Manakala perbalahan antara UMNO dan PPBM semakin memuncak sehingga akhirnya UMNO membuat keputusan menarik balik sokongan terhadap Perikatan Nasional dan menyaksikan regim Mahiaddin tumbang.

Walau pun hubungan antara pemimpin UMNO dan PAS dilihat agak dingin, terutamanya di era pemerintahan regim Mahiaddin, namun hubungan akar umbi antara UMNO dan PAS masih lagi mesra.

Malah ramai di antara mereka mengharapkan semuga kerjasama politik antara 2 parti terbesar masyarakat Melayu Islam itu kembali terjalin seperti di peringkat awal penubuhan Muafakat Nasional.

Namun, Tuan Ibrahim memaklumkan, kerajaan sekarang dibentuk atas gabungan 3 parti politik utama, iaitu UMNO, PPBM dan PAS dan beliau mahu ianya dikekalkan.





Sekiranya ini menjadi pra syarat PAS, maka usaha untuk memperkukuhkan semula Muafakat Nasional pasti akan menemui jalan sukar kerana tidak mungkin UMNO dapat menerima PPBM di dalam Muafakat Nasional.

Walau bagaimanapun, skuad Edisi Siasat berharap, akan ada jalan keluar untuk UMNO dan PAS memperkukuhkan kembali kerjasama di dalam Muafakat Nasional.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker