USTAZ EBIT LEW KONGSI KEPERIBADIAN AZLEE

  

USTAZ EBIT LEW KONGSI KEPERIBADIAN AZLEE

“Abang @azleesenario baik sangat. 2 kali dah bersama saya dalam misi membantu dan belajar iman. Ustaz, saya happy sangat. Di kg asli, abang Azlee ceriakan orang kampung dengan nasihat yang baik. Baik-baik sangat orang kampung kami pergi.

 “Balik jer dari setelah beberapa hari bersama. Abang Azlee kata rindu betul dengan ustaz dan jemaah. Rasa nak ikut sentiasa kerja ini. Bulan ni jer dah 8 hari abang beri untuk kerja ini. Tenang yer ustaz buat kerja begini. Bahagia jer. Sejuk hati. Terasa banyak tanggungjawab kita.

“Di rumah abang Azlee dah mulakan amalan Talim bersama keluarga. Rumah kita akan best sangat jika ada amalan bacaan Al-Quran dan Hadis Nabi saw setiap hari bersama,” demikianlah utlis pendakwah dan aktivis kemanusiaan, Ustaz Ebit Lew menerusi muat naik di laman Instagram miliknya.

Dalam entri tersebut, Ebit Lew mengakui berasa amat gembira dengan semangat yang ditunjukkan oleh pelawak, Azlee Senario lebih-lebih lagi ketika melakukan kerja-kerja amal bersamanya sebelum ini.





Jelas Ebit Lew, ketika menyertai misi bantuan amal di sebuah perkampungan orang asli, Azlee merupakan seorang yang sangat komited dan sering kali menghiburkan para penduduk kampung dengan lawak-lawak nasihatnya.

Dalam pada itu, Ebit Lew turut merakamkan ucapan penghargaannya buat anggota kumpulan lawak, Senario itu kerana bermurah hati untuk menyumbangkan buah-buah jualannya untuk misi bantuan amal ini.

Sementara itu, Ebit Lew juga mengakui berasa amat gembira dengan keputusan Azlee yang ingin menghidupkan amalan sunnah di rumahnya sebagai rutin bersama ahli keluarga.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa gembira selain turut menitipkan doa semoga Azlee sentiasa dimurahkan rezeki.

“Ya Allah, baiknya hati ustaz. Allah sayang ustaz. – “Rindu lawak Pak Azlee. – “Allahuakbar, semoga Allah SWT balas segala kebaikkan. – “Abang Azlee. Semoga dimurahkan rezeki,” antara reaksi-reaksi netizen di Instagram.





Terdahulu, Azlee kini difahamkan sedang mengusahakan bisnes buah-buahan serta madu di sebuah tapak pasar malam yang terletak di Saujana Utama.

USTAZ EBIT LEW KONGSI KEPERIBADIAN AZLEE


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/01/beri-lebih-banyak-tunai-tingkat-keyakinan-rakyat-berbelanja-najib-beritahu-kerajaan/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker