Wanita Myanmar ditahan guna identiti orang lain dapatkan vaksin
Wanita Myanmar ditahan guna identiti orang lain dapatkan vaksin
MELAKA: Seorang wanita Myanmar ditahan ketika mendapatkan suntikan dos kedua vaksin Covid-19 di sebuah klinik di Melaka Tengah di sini, pada 18 Ogos lepas kerana dipercayai menggunakan identiti orang lain.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka, E Sundra Rajan berkata suspek berumur 27 tahun itu ditahan kira-kira 2 petang selepas didapati menggunakan pendaftaran vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera yang didaftarkan atas nama seorang pekerja lelaki dari sebuah syarikat percetakan di Cheng di sini.
“Kejadian itu disedari mangsa yang juga seorang warga asing berusia 30-an yang memeriksa maklumat penerimaan vaksin dalam aplikasi tersebut telah dikemas kini dan tercatat mengambil dos pertama.
Disyorkan Untuk Anda :
- KARTEL PROJEK PERNIAGAAN BERDEPAN HUKUMAN PENJARA 483 TAHUN
- BERI LEBIH BANYAK TUNAI, TINGKAT KEYAKINAN RAKYAT BERBELANJA, NAJIB BERITAHU KERAJAAN
- TERKINI!!! VIDEO SIDANG MEDIA MENTERI KEWANGAN MENGENAI TARIKH BAYARAN BPR @ BKC FASA 3
“Lelaki itu mengadu hal tersebut kepada majikannya, sebelum majikan berkenaan membuat laporan polis yang mendakwa identiti pekerjanya digunakan pihak ketiga untuk mendapatkan vaksin,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pihaknya merampas satu kad vaksin atas nama suspek, i-kad bertulis “Malaysia Immigration Regulations 1963 Visit Pass” yang dipercayai palsu, satu salinan kad pasport yang tamat tempoh dan telefon bimbit suspek.
Pihaknya mendapati klinik swasta terbabit mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan untuk memberi vaksin Covid-19.
Katanya, suspek direman 17 hari bermula 19 Ogos hingga 4 Sept bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu dengan samaran dan menggunakan identiti individu lain bagi pendaftaran vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera.
“Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di negara ini tanpa dokumen sah,” katanya.
Wanita Myanmar ditahan guna identiti orang lain dapatkan vaksin
Disyorkan Untuk Anda :
- ISMAIL SABRI TIDAK MENDAPAT SOKONGAN KETUA BAHAGIAN UMNO?
- BIADAP!!! PEMIMPIN PAS LABELKAN RAKYAT MALAYSIA SEBAGAI ORANG GILA!!!
- FAZURA MINTA ‘SCAMMER’ TUDUNG PULANG WANG, BERTAUBAT
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/02/harga-syiling-kit-ujian-covid-19-di-tetapkan/
One Comment