Ahli bina badan curangi ‘isteri’, jatuh cinta dengan bekas abu rokok

Ahli bina badan curangi ‘isteri’, jatuh cinta dengan bekas abu rokok
Tolochko mengakui kini menjalin hubungan cinta dengan bekas abu rokok. – Instagram

 Ahli bina badan curangi ‘isteri’, jatuh cinta dengan bekas abu rokok

ALMATY, Kazakhstan – Seorang lelaki berumur 36 tahun yang pernah berkahwin dengan sebuah patung wanita kini mengaku jatuh cinta pandang pertama dengan sebuah bekas abu rokok gergasi, lapor akhbar The Sun semalam.

Perbuatan ‘curang’ itu menyebabkan rumahtangga Yuri Tolochko  berantakan.

Tolochko berkahwin dengan patung dinamakan Margo dalam satu upacara tradisional di hadapan berpuluh-puluh tetamu pada November 2020.

Dia mendakwa pertama kali berkenalan dengan Margo di sebuah kelab malam. Pasangan itu dijadualkan berkahwin pada Mac  tahun lalu sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia.





Menurutnya kepada akhbar Daily Star, majlis perkahwinan itu ditangguhkan buat kali kedua selepas dia diserang di sebuah perhimpunan transgender di bandar raya Almaty, Kazakhstan pada 31 Oktober 2020 sebelum akhirnya berkahwin dengan Margo.

Bagaimanapun, ahli bina badan dari Kazakhstan itu kembali mendedahkan di laman Instagram bahawa dia kini menjalin hubungan cinta dengan bekas abu rokok.

“Saya fikir, saya telah jatuh cinta sekali lagi,” katanya bersama hantaran gambar dia memeluk bekas abu rokok gergasi itu.

“Saya berjanji akan memberitahu anda mengenai objek ini,” tambahnya. – Agensi

 Ahli bina badan curangi ‘isteri’, jatuh cinta dengan bekas abu rokok


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami






https://edisisiasat.com/2021/09/03/wanita-kesal-diabai-jururawat/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker