BEKAS PEMBACA BERITA RTM, KAMARUDDIN AHMAD DIJEMPUT ILAHI

AL-FATIHAH - BEKAS PEMBACA BERITA RTM, KAMARUDDIN AHMAD DIJEMPUT ILAHI

BEKAS PEMBACA BERITA RTM, KAMARUDDIN AHMAD DIJEMPUT ILAHI

Pada jam 7 pagi ini, bekas pembaca berita veteran RTM, Kamaruddin Ahmad, 78, telah menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua di kediamannya di Bukit Sentosa, Selangor. Berita pemergiannya disahkan anaknya, Kamarul Zaidi Kamaruddin, 53.

“Arwah ada beberapa komplikasi penyakit termasuk diabetes dan sakit pada bahagian prostat. Beliau tiada selera makan, sejak beberapa bulan lalu. Berat badannya kian menyusut. Arwah juga sakit badan dan batuk,” katanya.

Kamarul berkata, dia sudah lebih setahun tidak berjumpa arwah berikutan situasi pandemik COVID-19. Tambahnya, arwah sudah berkahwin buat kali kedua selepas arwah ibu meninggal dunia, enam tahun lalu.





“Saya merancang mahu mengambil cuti minggu depan untuk menziarahinya. Namun, tidak berkesempatan, Allah lebih menyayangi arwah,” katanya yang menetap di Damansara dan bertugas sebagai jurutera awam. Arwah tinggal bersama ibu tiri, sejak dua tahun lalu,” ujarnya.

Allahyarham Kamaruddin meninggalkan seorang balu, 8 anak, tujuh belas cucu dan 6 cicit. Sepanjang 20 tahun bertugas di RTM, arwah menjadi penyampai televisyen pertama dalam sejarah penyiaran negara bergandingan dengan Allahyarham Wan Chik Daud.

Jenazah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Beruntung, sebelum waktu Zohor.

BEKAS PEMBACA BERITA RTM, KAMARUDDIN AHMAD DIJEMPUT ILAHI


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/03/aman-graseka-isteri-selamat-timang-anak-kedua-lelaki/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker