Dalam Pertemuan Bersemuka, Agong Pun Ikut SOP, Agak-Agaklah Zuraidah!!!
Dalam Pertemuan Bersemuka, Agong Pun Ikut SOP, Agak-Agaklah Zuraidah!!!
Waktu Perdana Menteri, DS Ismail Sabri, mengadap SPB YDP Agong, di Istana Abdulaziz, Kuantan Pahang untuk mendapatkan perkenan baginda atas senarai kabinet beliau, jelas di dalam gambar di atas, SPB YDP Agong, sebagai Ketua Utama Negara mematuhi SOP memakai pelitup muka.
Walau pun majlis mengadap itu dilakukan di istana milik keluarga Di Raja Pahang, tetapi oleh kerana Ismail Sabri dan rombongan beliau datang dari luar istana, baginda tetap patuh kepada SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.
Inilah contoh kepimpinan yang rakyat jelata mahu lihat.
Dalam mematuhi undang-undang, tidak ada siapa yang berkecuali.
Tetapi, berbeza dengan Zuraidah Kamaruddin.
Disyorkan Untuk Anda :
- LEPAS KLON KABINET, TIBA GILIRAN KLON DUTA KHAS, PENASIHAT KHAS ‘COMING SOON’ AGAKNYA!!!
- HOSPITAL ABAIKAN IBU DIJANGKITI COVID-19 BERANAK SENDIRIAN DIBERI AMARAN
- LUPAKAN HAJAT BERCUTI KE PORT DICKSON
- ALI XPDC ALAMI LEMAH JANTUNG, SEMPUT
Beliau memulakan langkah awal di hari pertama beliau sebagai Menteri Perusahaan Perladagan & Komoditi dengan langkah yang cukup sumbang.
Jelas kelihatan di dalam gambar, sewaktu mempengerusikan mesyuarat pertama dengan pegawai kanan kementerian dan dihadiri juga Timbalan Menteri, jelas Zuraidah telah melanggar SOP yang kerajaan telah tetapkan.
Mana pelitup muka Zuraidah?
Kalau terlupa, mengapa Timbalan Menteri atau pegawai-pegawai kanan tidak mengingatkan?
Kalau pelitup muka yang digunakan sudah rosak, apakah dalam pejabat kementerian atau kakitangan dalam pejabat itu tidak mempunyai simpanan?
Atau masih wujud budaya takut untuk menegur bos?
Apa yang dilakukan, apa yang dikatakan oleh bos, semuanya betul, walau pun secara terang lagi bersuloh ianya menyalahi undang-undang?
Atau bilik mesyuarat Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi adalah kawasan ‘NO ENTRY’ untuk virus Covid-19?
Kepimpinan apa yang ingin Zuraidah bawa dalam kementerian baharu beliau kalau beliau sendiri tidak menghormati undang-undang?
Kalau macam ini caranya, tidak perlu tunggu 100 hari, hari pertama bertugas, Zuraidah sudah gagal!!!
Apa yang Menteri SOP tunggu lagi, arahkan PDRM keluarkan kompaunlah…
Dalam Pertemuan Bersemuka, Agong Pun Ikut SOP, Agak-Agaklah Zuraidah!!!
Disyorkan Untuk Anda :
- SAYA DIGANTUNG UMNO KERANA KRITIK ZAHID – PAPAGOMO
- TIMBALAN PRESIDEN PAS – MUAFAKAT NASIONAL AKAN KEMBALI DI PERKUKUHKAN, TETAPI…
- ‘MURUKKU UNCLE’ SS15 TERHARU INSAN BERHATI MULIA LANCAR KEMPEN KUMPUL DANA
- JANNA NICK BIODATA.
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/08/30/belum-angkat-sumpah-peja-dah-buat-hal-lagi/