FINALIS ‘HERO REMAJA 2021’ MULA BERENTAP

FINALIS ‘HERO REMAJA 2021’ MULA BERENTAP
FINALIS ‘HERO REMAJA 2021’ MULA BERENTAP

Pencarian Hero Remaja anjuran Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. dengan kerjasama Astro Ria kembali untuk edisi kesebelasnya pada tahun ini dengan misi mencungkil pelapis bakat baharu industri seni di samping menjadi suara baharu kelompok remaja di Malaysia.

Kali ini, Dato’ Rosyam Nor, Scha Alyahya dipilih mewarnai edisi ke-11 selaku juri tetap, manakala Shaza Bae & Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar menyahut cabaran selaku hos.

Sejak dianjurkan bermula tahun 1990/1991, kehadiran finalis Hero Remaja daripada generasi berbeza selama 31 tahun telah diwarnai industri seni tanah air. Legasi yang dipegang oleh pencarian ini justeru diteruskan menerusi Hero Remaja 2021. Bukan hanya pakej paras rupa dan fizikal positif yang dicari, ia juga menjadi platform bagi mengangkat bakat, versatiliti dan personaliti berkaliber ke peringkat seterusnya.

Sesi uji bakat yang mula dianjurkan pada Disember 2020 telah dilakukan secara atas talian buat kali pertama dalam sejarah. Ini seiring dengan norma baharu yang ditetapkan oleh pihak kerajaan pada musim pandemik di Malaysia. Sesi tersebut kemudiannya disambung semula menerusi uji bakat secara fizikal dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat pada April 2021.





Di sinilah detik para juri jemputan seperti Dato’ Aaron Aziz, Datin Fouziah Ghous, Norman Hakim, Que Haidar dan Anzalna Nasir mampu melihat dengan lebih dekat kemampuan para peserta daripada aspek berbeza.

Satu lagi perkara menarik berkenaan penganjuran ‘Hero Remaja 2021’ adalah program pengenalan ‘Prelude Hero Remaja 2021’ menerusi paparan lapan episod di saluran Astro Ria yang ditayangkan setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam mulai 13 Julai lalu. Sejak itu, penonton telah dapat mengikuti persediaan 12 orang peserta yang telahpun terpilih untuk memenuhi slot finalis.

 


Disyorkan Untuk Anda :


 

FINALIS ‘HERO REMAJA 2021’ MULA BERENTAP





12 finalis Pencarian Hero Remaja 2021 tersebut ialah AFIQ HAMIDON (20, Selangor), ALIF HAIQAL (21, Kuala Lumpur), AMIR AHNAF (21, Terengganu), ARYAN NAIM (24, Negeri Sembilan), AQIL TAQEE (22, Kuala Lumpur), FARHAN NORDIN (23, Johor), FAZZIQ MUQRIS (21, Selangor), IDEEN AZMAN (21, Melaka), MIERUL AIMAN (23, Putrajaya), SYAZANI ZAINAL (19, Selangor), ZAID ERAKAD (23, Selangor) dan ZAIM YAZID (22, Selangor).

“Hero Remaja merupakan sebuah jenama yang banyak melahirkan individu-individu berbakat dan terkenal tanah air sejak tahun 1990 lagi. Tidak kiralah jika sekarang mereka bergelar seorang pelakon, penyanyi, model, hos, DJ radio ataupun usahawan, pertandingan ini dilihat sebagai satu titik mula dalam merealisasikan impian mereka untuk melangkah lebih maju di dalam kehidupan terutamanya di dalam bidang seni menerusi populariti yang mereka kecapi.

“Untuk edisi kesebelas Hero Remaja ini, seramai 12 orang finalis telah dipilih dan mereka akan melalui cabaran yang telah ditetapkan saban minggu sebelum seorang daripada mereka akan diangkat sebagai juara. Sesi pengetahuan am masih lagi menjadi salah satu faktor utama dalam pemilihan finalis kali ini, selain itu mereka juga diuji dengan kebolehan untuk mengacara dan berlakon untuk melihat versatiliti mereka sebagai seorang peserta Hero Remaja.

“Menerusi setiap episod yang bakal disiarkan nanti, para finalis akan menempuhi cabaran yang menguji mental, fizikal dan juga kebijaksanaan mereka sebagai persediaan untuk bergelar seorang anak seni yang memiliki pakej lengkap untuk dipertaruhkan,” demikian kata Fiezreen Ahmad selaku Editor Pengurusan Majalah Remaja.

Untuk makluman, program pencarian ‘Hero Remaja 2021’ akan menemui penonton selama lapan episod pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam mulai 11 September 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand.





FINALIS ‘HERO REMAJA 2021’ MULA BERENTAP


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/03/pelakon-nynaa-harizal-selamat-bernikah/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker