Isu Curi Duit Tabung Masjid, Tindakan PPBM Tidak Selesaikan Masalah, Mana Pergi Menteri Ugama?

Beberapa hari lalu tular di media sosial kes seorang wanita telah mencuri wang sebanyak RM40 dari tabung sebuah masjid di Padang Pauh, Padang Besar, Perlis.

Selepas tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mahkamah Majistret Kangar, Kamaliza Md Zain, tertuduh, Nor Amira Roslan, 28, yang bekerja sebagai tukang cuci membuat pengakuan tidak bersalah.

Kamaliza kemudian menetap jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, tertuduh tidak dijamin dan ditahan di lokap Penjara Pokok Sena.





Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri, Abu Bakar Hamzah, telah tampil menjelaskan wang jaminan bagi melepaskan tertuduh yang berusia 28 tahun dan mempunyai seorang anak dari tahanan reman di Penjara Pokok Sena.

Bagi kami di skuad Edisi Siasat, walau pun ada yang mengatakan tindakan Abu Bakar itu hanya mahu mendapatkan ‘political mileage’, namun tindakan sekurang-kurangnya dapat menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia 4 tahun dari terbiar kerana ibunya berada di dalam tahanan reman.

Walau pun baik, namun tindakan yang dilakukan oleh Azman itu tidak akan dapat menyelesaikan masalah penderitaan rakyat Malaysia.

Yang menjadi persoalan kepada skuad Edisi Siasat ialah, ke manakah perginya Baitul Mal dan Jabatan Agama Islam negeri Perlis?

Kenapakah Baitul Mal dan Jabatan Agama Islam Perlis tidak tampil untuk membantu?





Tertuduh tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau rekod penyalahgunaan dadah, ini bermakna, tertuduh bukanlah penjenayah atau penagih dadah.

Tertuduh terpaksa mencuri kerana desakan dan tekanan hidup.

Pihak Baitul Mal dan Jabatan Agama Islam perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam membantu masyarakat Islam yang telah lama tertekan dan menderita akibat dari pandemik Covid-19.

Di mana pula suara Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) yang baharu dilantik, Idris Ahmad?

Tidak ada satu kenyataan yang beliau keluarkan berhubung isu ini.





Ini isu kehidupan seorang ibu yang terpaksa mencuri kerana tekanan hidup, apakah ianya boleh dianggap sebagai kes terpencil dan tidak layak mendapat perhatian seorang menteri???

Janganlah hanya beretorik mahu melakukan itu dan ini, menambah nilai perkara itu dan ini, sedangkan masalah asas dalam kehidupan masyarakat Islam masih lagi kelihatan pincang di sana sini!!!

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker