Janna Nick Biodata.

Janna Nick Biodata.

Janna Nick Biodata.

Janna Nick

Kelahiran
Nurul Jannah binti Munir
1 Jun 1995 (umur 26)
Bangi, Selangor, Malaysia
Pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pusat pendidikan Maktab Rendah Sains MARA Pendang
Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas

Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota
Pekerjaan Pelakon, pengacara, penyanyi dan pengarah filem
Tahun aktif 2012–kini
Ejen LOL Entertainment (2017-kini)
Ketinggian 5 ft 5 in (1.65 m)
Saudara Muhammad Firdaus Muner (abang)

Nurul Balqish Muner (adik)





Nur Iris Rose Sofea Muner (adik)

Adam Lee (sepupu)

Kerjaya muzik
Genre Pop, R&B
Instrumen Vokal
Tahun aktif 2016–kini
Syarikat rakaman
Hikayat Records

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan sebagai Nurul Jannah binti Muner pada 1 Jun 1995 di Sungai Petani, Kedah dan merupakan anak kedua daripada empat beradik dalam keluarganya. Adik-beradik beliau ialah abang sulungnya, Mohamad Firdaus, dua adik perempuannya, Nurul Balqish dan Nur Iris Rose Sofiea. Beliau berdarah kacukan Cina, Pakistan dan Thai di sebelah kedua-dua ibu bapanya. Janna juga bergiat aktif dalam pasukan sorak di sekolah bersama adiknya, beliau juga pernah bergiat aktif dalam pertandingan nyanyian semasa zaman persekolahannya. Janna dan keluarganya pernah menetap di Amsterdam, Belanda selama 3 tahun sewaktu beliau masih kecil.

Kehidupan peribadi

Menjadi antara pelapis pelakon generasi baharu yang meningkat naik tidak pernah sesekali membuat dirinya terawang-awangan, jauh sekali termakan pujian dan populariti yang dikecapi, Janna enggan dihanyutkan dengan gelombang yang tidak pernah bertepi dan sentiasa mengingatkan diri tentang tujuan utama memasuki bidang seni, glamor dan popular bukan menjadi keutamaannya. Baginya, beliau yakin hal itu akan datang dengan sendiri seandainya ikhlas dalam pekerjaan yang dilakukan.Sepanjang menjadi pelakon, Janna mengaku tidak lagi mampu mempercayai sesiapapun dengan mudah bagi mengelakkan kontroversi daripada berulang sambil turut melihat kontroversi yang dihadapinya sebagai ruang untuk bermuhasabah diri. Beliau juga berhasrat memulakan kerjaya pengacara sekali gus meraih gelaran sebagai artis versatil.

Janna mengakui ibunya tidak ambil peduli soal kontroversi yang melanda dirinya. Sebaliknya menjelaskan ibunya lebih mengenali dirinya berbanding orang lain serta tahu situasi sebenar. Namun begitu, beliau menjelaskan kepercayaan yang diberikan oleh ibunya tidak disia-siakan dan sebagai anak, dan memastikan ibunya sentiasa gembira dengan setiap perkara yang dilakukannya.

Janna membuka akaun Instagram beliau dengan akaun @janna_nicker bagi mengemaskini aktiviti beliau dan dianggarkan mempunyai kira-kira 3.1 juta pengikut. Pada 30 November 2017, akaun beliau telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab, menyebabkan akaunnya tidak dapat diakses pada petang Khamis.





Janna Nick Biodata.


Disyorkan Untuk Anda :

 

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/01/netizen-tegur-janna-nick-baju-nampak-belah/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker