Kanak-kanak pelarian Afghanistan maut akibat cendawan beracun

 

Kanak-kanak pelarian Afghanistan maut akibat cendawan beracun

Kanak-kanak pelarian Afghanistan maut akibat cendawan beracun

WARSAW: Seorang kanak-kanak lelaki Afghanistan berusia lima tahun yang dipindahkan dari Kabul selepas Taliban mengambil alih, meninggal dunia di Poland akibat makan cendawan beracun.

Selain itu, abangnya yang berusia enam tahun pula sedang nazak.





Kedua-dua adik beradik itu tiba di Poland bersama keluarga mereka pada 23 Ogos lalu, dan dikuarantin di fasiliti untuk migran di bandar Podkowa Lesna berhampiran Warsaw.

Kanak-kanak itu makan cendawan beracun berkenaan sehari selepas tiba ke negara berkenaan.

“Kematian otak disahkan hari ini… Kami mengesahkan kematian kanak-kanak itu,” kata doktor di Institut Kesihatan Memorial Kanak-Kanak Warsaw, Dr Jaroslaw Kierkus.

Berhubung abangnya yang menerima pemindahan hati awal minggu ini, Kierkus berkata, peluang untuk kanak-kanak itu selamat adalah tipis.

Terdahulu, Pejabat Hal Ehwal Rakyat Asing yang mengendalikan pusat migran di Poland, berkata lima individu memerlukan bantuan perubatan kerana sakit perut, namun pada awalnya mereka tidak memaklumkan ada memakan cendawan.





Dua kanak-kanak lelaki itu serta kakak mereka yang berusia 17 tahun, dibawa ke hospital pada 26 dan 27 Ogos.

Kakaknya kemudian dibenarkan keluar daripada hospital.

Pihak pendakwa raya kini menjalankan siasatan terhadap insiden terbabit.

Jurucakap Pejabat Hal Ehwal Rakyat Asing, Jakub Dudziak, menafikan laporan media yang mendakwa kanak-kanak itu makan cendawan berkenaan kerana tidak diberi makanan di pusat terbabit.

Tegasnya, migran yang dipindahkan ke pusat itu diberi makanan tiga kali sehari, merangkumi pelbagai bahan dengan nilai kalori yang sesuai, termasuk produk tenusu, daging, sayur-sayuran, buah-buahan dan minuman. – AFP





Kanak-kanak pelarian Afghanistan maut akibat cendawan beracun


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/02/2-maut-apabila-lori-jatuh-ke-dalam-gaung-video/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker