Man City skuad paling bernilai

Man City skuad paling bernilai

Man City skuad paling bernilai

LONDON: Arsenal mungkin mengeluarkan belanja paling besar dalam jendela perpindahan lalu tetapi nilai skuad mereka hanya di tangga ketujuh dalam Liga Perdana Inggeris.

Skuad kendalian Mikel Arteta membelanjakan 121 juta pound (RM695.89 juta) bagi menandatangani Ben White, Aaron Ramsdale dan Martin Odegaard.

Namun berdasarkan penilaian Transfermarkt, nilai skuad The Gunners hanya sedikit mengatasi Everton yang langsung tidak mengeluarkan belanja dalam pasaran perpindahan kali ini.





Di tangga teratas adalah Manchester City yang memecahkan rekod perpindahan British dan mempunyai nilai skuad melebihi 1 bilion pound (RM5.75 bilion).

Ketibaan Jack Grealish diimbangi penjualan Lukas Nmecha, Jack Harrison dan Ivan Ilic, manakala Sergio Aguero dan Eric Garcia keluar secara percuma.

Juara bertahan liga mempunyai nilai lebih 100 juta pound (RM575 juta) berbanding Manchester United yang menghuni tangga kedua selepas mendapatkan Cristiano Ronaldo yang bernilai 40 juta pound (RM230 juta).

Chelsea dan Liverpool di tangga ketiga dan keempat manakala Tottenham berada di tangga kelima dengan Harry Kane dinilai sebagai aset paling berharga kelab itu.

Leicester mengatasi Arsenal dengan beza nilai 1.5 juta pound (RM8.63 juta). Everton, Aston Villa dan Wolves melengkapkan senarai 10 teratas. – AGENSI





Man City skuad paling bernilai


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/03/khabib-tidak-terkejut-ronaldo-ke-united/

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker