‘Murukku Uncle’ SS15 terharu insan berhati mulia lancar kempen kumpul dana

‘Murukku Uncle’ SS15 terharu insan berhati mulia lancar kempen kumpul dana

‘Murukku Uncle’ SS15 terharu insan berhati mulia lancar kempen kumpul dana

PETALING JAYA: Tersentuh dengan kisah Alagappan Karuppiah, dua insan berjiwa mulia, Liren Cellvam dan Nicole Vijayakumar, mengambil keputusan untuk memulakan kempen mengumpul dana bagi membantu Alagappan pulang ke India.

Alagappan telah menjual murukku di SS15 selama 10 tahun dan dikenali ramai sebagai ‘Murukku Uncle’. Alagappan, terpaksa meninggalkan keluarganya di Trichy, India untuk bekerja di Malaysia.

Di India, lelaki berusia 45 tahun itu bekerja sebagai petani, namun ia tidak mencukupi untuk menyara keluarganya.





Dengan harapan dapat menjana lebih pendapatan, Alagappan datang ke sini dan sejak itu menjadikan jualan murukku sebagai sumber pendapatan untuk dihantar kepada keluarganya di kampung.

Gerai rojak dan cendol di SS15 memang sudah tidak asing lagi dengan pengunjung yang sanggup beratur panjang.

Malangnya, sebaik gerai terkenal itu berpindah ke lokasi baru Alagappan tidak mampu membayar sewa dan terpaksa berniaga di jalanan.

“Saya biasa menjual murukku di gerai rojak dan cendol di SS15 tapi apabila mereka berpindah, saya tidak mampu membayar sewa di lokasi baru dan mula menjual murukku dengan bakul di sepanjang jalan SS15,” cerita Alagappan kepada FMT.

Alagappan mempunyai seorang isteri dan dua anak di India. “Anak lelaki saya berumur 18 tahun, dan anak perempuan berumur 8 tahun,” katanya.






Disyorkan Untuk Anda :


Walaupun dia sedih kerana tidak dapat pulang ke India untuk bersama isteri dan melihat anak-anaknya membesar, dia gembira kerana dapat mengirim wang setiap bulan untuk menyara dan memberi kehidupan yang lebih baik kepada mereka.

Senasib dengan ramai peniaga lain, perniagaan Alagappan turut terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan.

“Sebelum wabak menular, saya biasanya menjual sekitar 100 paket sehari tetapi kini saya hanya menjual sekitar 30 paket jika hari baik,” jelas Alagappan yang berkongsi bagaimana jualannya menurun lebih separuh sejak wabak ini melanda.

Setiap paket murukku berharga RM2 dan Alagappan menyasarkan untuk menjual sebanyak mungkin dalam sehari walaupun itu bermaksud terpaksa menghabiskan berjam-jam di bawah terik matahari.





Meskipun keletihan, Alagappan bertekad memastikan ia mencukupi untuk bertahan.

“Ia sangat meletihkan, tetapi hidup perlu diteruskan. Saya menghabiskan berjam-jam setiap hari untuk berjalan dan menjual murukku,” ujarnya.

Pada mulanya Alagappan merancang untuk pulang tahun depan dan meneruskan kerjanya sebagai petani. Namun, apabila isterinya dijangkiti covid tahun ini, Alagappan terpaksa menghabiskan simpanan untuk merawat isterinya.

“Isteri saya dirawat di sebuah hospital di Trichy dan bil hospitalnya mencecah RM18,000,” keluhnya memberitahu FMT.


Disyorkan Untuk Anda :


Mujur Alagappan dapat menyelesaikan bil hospital isteri. Namun akibatnya, dia terpaksa menggunakan wang yang telah disimpan untuk dibawa pulang.





Sudah tiga tahun Alagappan tidak pulang menjenguk keluarga dan walaupun sangat rindu untuk bertemu mereka, dia sedar perkara terbaik buat keluarganya adalah untuk kekal di sini dan mendapatkan wang untuk menyara mereka.

“Saya mahu pulang ke kampung tetapi saya perlu kekal di sini dan berjimat-cermat sebelum dapat pulang. Saya tidak punya cukup wang untuk dibawa pulang sekarang,” katanya sedih.

“Kisahnya terus bermain di fikiran dan kami memutuskan untuk melakukan sesuatu. Kami akan melancarkan kempen untuk mengumpulkan dana buat Alagappan hingga 8 September ini,” jelas Nicole.

“Semua wang yang dikumpulkan akan diserahkan kepada Alagappan agar dia dapat menabung dan mengirim wang kepada keluarganya,” tambahnya.





Jelas Nicole lagi, dia telah mengenali Algappan sejak di universiti lagi yang dianggapnya seorang yang sentiasa ramah dan ceria malah kaya dengan senyuman walaupun penat bekerja.

“Saya menggunakan media sosial untuk berkongsi kisah Alagappan dan cuba mendapatkan bantuan orang ramai,” ujarnya.

Nicole turut berkongsi kisah Alagappan di akaun Instagram miliknya untuk memastikan orang ramai sentiasa mendapat maklumat terkini.

Anda boleh menyertai kempen mereka untuk membantu Alagappan dan keluarganya dengan menyumbang kepada:

No akaun: 162405230018
Bank: Maybank Berhad
Nama: Nicole Vijayakumar

“Kami mungkin tidak dapat melakukan banyak tetapi kami berharap ia bukan saja dapat meringankan bebannya tetapi juga membawa senyuman ke wajahnya,” kata Liren.

Sekiranya anda kebetulan berada di SS15, carilah lelaki hebat dengan bakul yang penuh dengan makanan ringan ini.

‘Murukku Uncle’ SS15 terharu insan berhati mulia lancar kempen kumpul dana


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/03/pm-thailand-sangkal-khabar-angin-rombakan-kabinet-pembubaran-parlimen/


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker