PARALIMPIK: Brenda tidak lepas ke final

 

PARALIMPIK: Brenda tidak lepas ke final

PARALIMPIK: Brenda tidak lepas ke final

KUALA LUMPUR: Atlet renang para negara, Brenda Anellia Larry tidak berjaya melangkah ke final acara kegemarannya, 50 meter (m) kuak lentang wanita S4.

Dalam sesi saringan di Pusat Akuatik Tokyo sebentar tadi, Brenda tidak berupaya meletakkan dirinya berada dalam kelompok lapan terbaik selepas melakukan 59.33 saat (s).





Catatannya itu hanya meletakkan dirinya berada di tempat ke-11 daripada 15 peserta manakala atlet China, Yu Liu mengungguli sesi berkenaan dengan merakamkan 45.81s yang sekali gus memecahkan rekod dunia 46.51s dilakukan rakan senegaranya, Jiao Cheng di Mexico pada tahun 2017.

Tempat kedua terbaik dalam sesi saringan adalah atlet Greece, Alexandra Stamatopoulou yang mencatat 48.36s manakala Yanfei Zhou ketinggalan 4.12s di belakang rakan senegaranya, Liu.

Minggu lalu, atlet dari Sabah itu menamatkan acara 50m kuak kupu-kupu wanita S5 dengan memperbaharui rekod Asia S4 1:09.72s dilakukannya di Kejohanan Siri Dunia Renang Para di Singapura pada tahun 2019.

Begitupun catatan dilakukan di sesi saringan acara berkenaan di Tokyo itu, masih belum mencukupi untuk melayakkan dirinya ke pusingan final apabila berada di tangga ke-13 daripada 14 peserta keseluruhan.

PARALIMPIK: Brenda tidak lepas ke final


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami






https://edisisiasat.com/2021/09/03/man-city-skuad-paling-bernilai/

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker