PARLIMPIK: Liek Hou buru gelaran juara kumpulan

PARLIMPIK: Liek Hou buru gelaran juara kumpulan
Atlet badminton para negara, Cheah Liek Hou ketika menentang pmain Taiwan, Fang Jen-yu pada saingan peringkat kumpulan temasya Sukan Paralimpik 2020 di Stadium Kebangsaan Yoyogi, Tokyo, hari ini. – Foto BERNAMA

PARLIMPIK: Liek Hou buru gelaran juara kumpulan

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou menegaskan perjuangannya belum selesai biarpun sudah mengesahkan slot ke separuh akhir Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Juara dunia enam kali itu melakar kemenangan kedua dalam aksi Kumpulan B kategori SU5 dengan menewaskan pemain Taiwan, Fang jen-yu 21-13, 21-9 di Stadium Kebangsaan Yoyogi, hari ini.

Semalam, dia mudah mengatasi pemain Mesir, Ahmed Eldakror 21-3, 21-2 dalam aksi pertama peringkat kumpulan.

Biarpun masih berbaki satu perlawanan peringkat kumpulan menentang pemain Jepun, Taiyo Imai, esok, namun dua kemenangan dilakar Liek Hou membolehkan dia menempah tiket awal ke kelompok empat terbaik.





Liek Hou, 33, bagaimanapun, berkata dia masih perlu kekal fokus pada aksi terakhir kumpulan menentang Imai dengan misi memburu kemenangan bagi membolehkan dia bergelar juara kumpulan.

“Ini baru permulaan untuk saya, perjuangan saya belum tamat lagi. Jadi, tidak boleh berasa bangga lagi.


Disyorkan Untuk Anda :

“Angin di dalam stadium ini sangat kuat dan sukar untuk kawal. Ketika menentang pemain Mesir pun saya tidak dapat rasa apa-apa kerana persaingan tidak cukup sengit.

“Hari ini, barulah saya nampak pukulan semua macam mana dan bagaimana cara untuk bermain. Diharapkan saya akan bermain lebih baik esok,” katanya kepada BH Sukan.





Sementara itu, cabaran seorang lagi pemain negara yang beraksi dalam kategori SH6, Didin Taresoh berakhir selepas tewas dalam perlawanan peringkat kumpulan.

Didin yang juga bekas juara dunia 2015 tewas dalam perlawanan pertama di tangan pemain nombor dua dunia dari India, Krishna Nagar 20-22, 10-21 sebelum dia membuat keputusan menarik diri di set kedua ketika menentang pemain Brazil, Vitor Tavares.

Dia tewas 13-21 di set pertama sebelum menarik diri ketika 13-18 di set kedua.

PARLIMPIK: Liek Hou buru gelaran juara kumpulan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/03/paralimpik-kekal-tenang-henti-kecam-ukraine/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker