Pemberontak maut dalam pertempuran merebut Marib
Pemberontak maut dalam pertempuran merebut Marib
DUBAI: Seramai 65 pemberontak Huthi dan tentera prokerajaan terbunuh dalam pertempuran terbaharu bagi merebut bandar strategik Marib di Yaman, kata seorang pegawai tentera, hari ini.
Pertempuran itu meletus apabila pemberontak yang disokong Iran menyerang tentera prokerajaan di selatan bandar itu, meskipun kehilangan sejumlah anggota akibat serangan udara.
“Seramai 22 tentera prokerajaan terbunuh dan 50 lagi cedera, manakala 43 pemberontak Huthi juga terbunuh dalam tempoh 48 jam lalu,” kata pegawai tentera kerajaan, sebelum angka itu turut disahkan sumber tentera dan perubatan lain.
Pertempuran terbabit berlaku selepas serangan di pangkalan udara terbesar Yaman meragut sekurang-kurangnya 30 tentera prokerajaan Ahad lalu, dalam serangan terburuk sejak Disember tahun lalu.
Februari lalu, pemberontak Huthi meningkatkan usaha untuk menawan Marib, yang juga kubu kuat terakhir kerajaan di utara negara itu, dalam pertempuran yang meragut ratusan nyawa di kedua-dua belah pihak. – AFP
pemberontak maut dalam pertempuran merebut Marib
Disyorkan Untuk Anda :
- ISMAIL SABRI TIDAK MENDAPAT SOKONGAN KETUA BAHAGIAN UMNO?
- BIADAP!!! PEMIMPIN PAS LABELKAN RAKYAT MALAYSIA SEBAGAI ORANG GILA!!!
- FAZURA MINTA ‘SCAMMER’ TUDUNG PULANG WANG, BERTAUBAT
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/03/kanak-kanak-pelarian-afghanistan-maut-akibat-cendawan-beracun/