SHIMA TAK TERASA HATI PERNIAGAAN MAKANAN TAK LAKU

SHIMA TAK TERASA HATI PERNIAGAAN MAKANAN TAK LAKU

SHIMA TAK TERASA HATI PERNIAGAAN MAKANAN TAK LAKU

Penyanyi Shima yang menjalankan perniagaan makanan sejak Julai lalu itu mengakui dirinya tidak terasa hati berikutan perniagaan yang diusahakannya mendapat sambutan yang dingin dalam kalangan pengguna media sosial.

Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, 52, berkata, dia tidak boleh memaksa orang untuk membeli makanan yang dipasarkan olehnya di atas talian dan memahami peminat hanya menyokong artis popular masa kini dengan membeli apa yang dijual.

Tambah penyanyi lagu ‘Teringin’ ini lagi, mereka yang pernah membuat tempahan makanan dengannya tahu akan kualiti dan tahap kesedapan masakan yang dibuat daripada air tangannya.





“Saya tak terasa hati. Saya tiada nama. Orang pun dah tak kenal. Saya tak ramai pengikut dan tak boleh nak paksa orang untuk beli. Tapi mereka yang buat tempahan daripada saya pasti tak menyesal.

SHIMA TAK TERASA HATI PERNIAGAAN MAKANAN TAK LAKU

“Mereka tahu hasil air tangan saya memuaskan hati. Ini kerana saya hanya beli barang yang berkualiti untuk pembeli. Bagaimana saya memasak untuk suami, begitulah juga yang saya buat untuk mereka. Memasak untuk orang kena ikhlas dan bukan sekadar asal boleh. Namun, saya mengakui sudah lama tiada tempahan daripada pelanggan,” katanya.

Shima menghasilkan makanan barat di bawah jenama Petite Kitchen by Shima yang dijual secara dalam talian. Antara yang dihasilkan ialah creamy Australian lamb shank dan kentang lenyek yang dijual dengan harga RM90. Dia merancang untuk memulakan perniagaan kek, biskut dan gubahan bunga hasil air tangan dan kerja tangan selepas ini.

“Saya ada pengalaman masak makanan barat kerana pernah dua kali bersuamikan lelaki warga Australia dan Kanada. Bayangkan setiap hari memasak makanan mereka, jadi banyaklah pengalaman yang saya kutip.






Disyorkan Untuk Anda :


“Saya juga belajar dengan bekas mentua masakan harian mereka. Selain itu sejak kecil lagi saya dah mula masak. Maklumlah orang kampung, ibu bapa memang tak manjakan saya,” ujarnya.

Menurutnya, pembeli masakannya agak beruntung kerana dia memberikan makanan dalam kadar yang banyak. Shima bagaimanapun berterima kasih kepada mana-mana pihak yang pernah menghulurkan bantuan kepadanya semasa ditimpa musibah sebelum ini.

“Memang tak rugi beli. Saya pula tak pandai nak masak dalam kadar sikit. Setakat ini pembeli hanyalah kawan-kawan rapat saya. Mereka kemudian mempromosikan kepada kawan-kawan lain pula. Biarlah bermula perlahan dan mungkin akan sukses selepas ini.

“Warganet pula hanya sekadar bersimpati dengan saya sebelum ini tapi untuk sokong belum tentu lagi. Saya tak fikir apa-apa. Kalau mereka rasa nak beli, belilah,” jelasnya.

Terdahulu Shima pernah mengusahakan warung Teringin berhampiran kediamannya di Damansara Damai pada 2018, namun terpaksa ditutup akibat masalah slipped disc yang dihadapinya selain berdepan perkara misteri.





Dia kemudiannya dikategorikan sebagai golongan asnaf oleh pegawai Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang mengunjungi kediamannya pada 17 Julai 2019 sehingga mengundang simpati masyarakat.

SHIMA TAK TERASA HATI PERNIAGAAN MAKANAN TAK LAKU

SHIMA TAK TERASA HATI PERNIAGAAN MAKANAN TAK LAKU


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


 

https://edisisiasat.com/2021/09/03/bekas-pembaca-berita-rtm-kamaruddin-ahmad-dijemput-ilahi/





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker