SHUIB BELAJAR MENGAJI AL-QURAN

SHUIB BELAJAR MENGAJI AL-QURAN

SHUIB BELAJAR MENGAJI AL-QURAN: “KISAH ISTERI SAYA IA JADI ASBAB…”

“Sebelum ni saya ada baca al-Quran, boleh la walaupun merangkak. Tapi daripada kisah isteri saya ia jadi asbab untuk saya teliti bacaan al-Quran. Hari pertama baca surah Yasin secara beramai-ramai, lepas sesi zoom tu saya cuba baca sendiri… ambil masa dekat dua jam nak habis.

“Saya rasa macam… ya Allah daifnya, bodohnya kau Shuib. Sampai saya lenguh-lenguh pinggang. Jadi saya cakap pada diri kena buat sesuatu… kena merdekakan diri daripada buta al-Quran,” kata pelawak Shuib Sepahtu.

Pada usia 37 tahun, Shuib berharap dia masih belum terlambat untuk memperbetul bacaan dan mendalami ilmu al-Quran sebagai panduan di dunia dan akhirat.





SHUIB BELAJAR MENGAJI AL-QURAN: "KISAH ISTERI SAYA IA JADI ASBAB..."

Kata Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, ujian yang menimpa dia sekeluarga dengan pemergian Siti Sarah membuatkan semakin dekat dengan agama.

Shuib berkata demikian pada majlis forum bertajuk ‘Kemerdekaan Satu Penghijrahan’ anjuran Masjid Puncak Alam yang diadakan secara live di Facebook pada Rabu malam.

Forum sempena sambutan Hari Kebangsaan 2021 itu turut disertai pendakwah terkenal Haslin Baharim, Abdullah Khairi dan Johari Abdul Wahab. Cerita Shuib lagi, dia tidak malu untuk belajar semula daripada bawah asalkan dapat memperbetulkan kelemahannya itu.


Disyorkan Untuk Anda :


“Saya nak belajar al-Quran sampai cari semula buku iqra., nak kembalikan zaman kanak-kanak saya mengaji dan belajar iqra. Saya harap masih belum terlambat, saya kena buat u-turn, danSaya kena betul-betul pandai baca al-Quran,” jelasnya lagi.





Tambah Shuib buat masa ini dia berguru bersama pendakwah Ahmad Tarmizi Abdul Rahman: “Kalau boleh saya nak jadi macam ustaz Tarmizi. Dia guru saya ajar mengaji. Ya Allah… sebab kalau bab nyanyian tahu pula saya nak menyanyi sedap-sedap.

“Buat Sepahtu Reunion tau pula menyanyi, mendayu-dayu. Kalau dulu menyanyi lagu duet dengan arwah isteri, buat rehearsal betul-betul bagai nak rak. Tapi apabila mengaji tak reti… rasa teruk sangat,” ujarnya.

SHUIB BELAJAR MENGAJI AL-QURAN: "KISAH ISTERI SAYA IA JADI ASBAB..."

Dalam pada itu Shuib berkata dia juga akan cuba mendidik anak-anak menjadi generasi yang celik al-Quran: “Saya harap boleh istiqamah dengan anak-anak (belajar al-Quran). Sebelum ni saya tak pernah cakap pun dengan anak-anak.

“Saya panggil mereka duduk depan saya dan tanya apa cita-cita mereka. Saya kata tak kisah apa pun cita-cita mereka asalkan pegangan kita ialah al-Quran. Itu yang akan menyelamatkan kita di dunia dan akhirat,” katanya.





Shuib kini bergelar bapa tunggal selepas isterinya Siti Sarah meninggal dunia pada usia 37 tahun di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19 pada 9 Ogos lalu.

Untuk makluman, Shuib dan arwah Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011. Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dikeluarkan daripada kandungan secara pembedahan pada 6 Ogos lalu.

SHUIB BELAJAR MENGAJI AL-QURAN: "KISAH ISTERI SAYA IA JADI ASBAB..."

SHUIB BELAJAR MENGAJI AL-QURAN


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/03/janna-nick-biodata/





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker