SPRM tahan pegawai agensi kerajaan
SPRM tahan pegawai agensi kerajaan terbabit rasuah RM5,000
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai sebuah agensi kerajaan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah RM5,000 daripada syarikat pengiklanan hari ini.
Suspek lelaki berusia 44 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan berkenaan dari tahun 2017 hingga 2020 sebagai balasan untuk membantu syarikat terbabit mendapatkan projek pembekalan pelekat.
Lelaki itu ditahan kira-kira jam 2 petang tadi di Pejabat SPRM Selangor.
Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada jam 9 pagi esok untuk permohonan reman.
SPRM tahan pegawai agensi kerajaan terbabit rasuah RM5,000
Disyorkan Untuk Anda :
- ISMAIL SABRI TIDAK MENDAPAT SOKONGAN KETUA BAHAGIAN UMNO?
- BIADAP!!! PEMIMPIN PAS LABELKAN RAKYAT MALAYSIA SEBAGAI ORANG GILA!!!
- FAZURA MINTA ‘SCAMMER’ TUDUNG PULANG WANG, BERTAUBAT
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/02/wanita-myanmar-ditahan-guna-identiti-orang-lain-dapatkan-vaksin/