Sweden selesa selepas atasi Sepanyol

Sweden selesa selepas atasi Sepanyol

Sweden selesa selepas atasi Sepanyol

STOCKHOLM, Sweden: Viktor Claesson memastikan kemenangan 2-1 buat Sweden ke atas Sepanyol dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022 untuk kemenangan ketiga berturut-turut dan mendahului Kumpulan B.

Pemain tengah Valencia Carlos Soler membuka jaringan pada minit kelima dalam penampilan sulungnya untuk Sepanyol, tetapi Alexander Isak kembali menyamakan kedudukan buat tuan rumah seminit kemudian.

Claesson meledak gol kemenangan pada minit ke-57 untuk mengekalkan rekod 100 peratus mereka selepas tiga perlawanan dan mendahului dua mata di depan Sepanyol dengan satu perlawanan di tangan.





Sweden selesa selepas atasi Sepanyol

“Saya rasa kami lebih baik daripada apa yang sendiri jangkakan. Kami mampu menang lebih besar. Saya bangga. Kami pasukan yang sangat bagus,” kata pemain sayap Sweden Dejan Kulusevski.

Kekalahan membuatkan Sepanyol kendalian Luis Enrique berisiko memasuki aksi playoff dengan hanya juara kumpulan layak secara automatik ke pusingan akhir di Qatar tahun depan.

Sepanyol akan melayan kunjungan Georgia Ahad ini manakala Sweden akan menentang Greece pada 8 September selepas aksi persahabatan dengan Uzbekistan hujung minggu ini. – AFP

Sweden selesa selepas atasi Sepanyol





Sweden selesa selepas atasi Sepanyol


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/03/parlimpik-liek-hou-buru-gelaran-juara-kumpulan/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker