Tempoh Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor & Lesen Memandu Di Lanjutkan

Menteri Pengangkutan, DS Dr Wee Ka Siong, dalam satu sidang media hari ini memaklumkan tempoh untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LLM) sehingga 31 Disember 2021.

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menetapkan semua LKM dan LLM yang telah tamat tempoh mestilah diperbaharui sebelum tarikh 31 Ogos 2021.

Pemandu dan pemilik kenderaan yang gagal membuat demikian akan diambil tindakan tegas oleh pihak JPJ.

Walau bagaimana pun, dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Wee Ka Siong, pastinya orang ramai boleh menarik nafas lega.





Namun, bagi orang ramai yang ingin memperbaharui LKM atau LLM secara bersemuka, sama ada secara ‘walk in’ atau temujanji mestilah sudah lengkap menjalani 2 dos vaksinasi Covid-19 dan menunjukkan status berisiko rendah melalui aplikasi MySejahtera.

Selain dari berurusan di kaunter JPJ, irisan memperbaharui LKM dan LLM boleh dilakukan dengan membuat temujanji di Pejabat Pos berhampiran.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker