Video Sultan Johor Tibai Dr Latif (PPBM) Secara Berdepan!!!

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Al Marhum Sultan Iskandar, adalah seorang raja yang berjiwa rakyat.

Namun begitu, di sebalik sifat baginda yang berjiwa rakyat, baginda juga seorang yang sangat tegas dan suka berterus terang.

Mungkin sifat ini baginda warisi dari Al Marhum ayahanda baginda, Sultan Iskandar.

Dan ketegasan serta sifat berterus terang ini, sememangnya sudah menjadi ‘trade mark’ kepada kerabat Di Raja Johor.

Dalam satu majlis bersama-sama dengan regimen Gerak Khas, secara terbuka, Sultan Ibrahim telah menegur sikap beberapa pemimpin politik yang bertaraf Menteri dan Timbalan Menteri yang baginda tidak senangi.





Baginda menyeru supaya sikap suka menabur janji di kalangan pemimpin politik mestilah dihentikan.

Dalam majlis yang sama, baginda Sultan Johor juga telah menempelak Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad (PPBM), yang pernah berjanji untuk membina sebuah istana di dalam Kem Iskandar, Johor, ketika Abdul Latif menjadi Timbalan Menteri Pertahanan.

“Saya rasa, bekas Menteri Pertahanan ketika itu, kalau tak silap saya, Dr Latif”.

“Yang ada pada hari ini, mana janji janji Datuk,” soal baginda kepada Dr Latif yang turut hadir dalam masa yang sama.





Kepada pemimpin politik, tunaikanlah janji, kerana bukankah memungkiri janji itu adalah salah satu dari cabang kemunafikan!!!

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker