EXCO Kesihatan Perak Cuba Sabotaj Kepimpinan Menteri Besar Perak?

Isu EXCO Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Perak, Mohd Akmal Kamaruddin, menantu Presiden PAS, Hj Hadi, ‘dibelasah’ ketika sesi penggulungan dalam Dewan Undangan Negeri Perak amat memalukan.

Namun ada sesuatu yang menarik perhatian skuad Edisi Siasat dalam isu tersebut.

Persoalan timbul, apakah Akmal memang seorang yang tidak tahu atau tidak mahu melaksanakan amanah dan tanggungjawab beliau sebagai EXCO Kesihatan Perak?

Kalau hendak dikatakan Akmal seorang yang tidak tahu mengenai amanah dan tanggungjawab beliau sebagai EXCO, ianya agak tidak munasabah.





Ini adalah kerana pendedahan kepada tanggungjawab sebagai seorang EXCO bukanlah perkara baharu untuk Akmal.

Sejak era pentadbiran Menteri Besar sebelum ini, Ahmad Faizal Azumu @ Peja, beliau telah dilantik sebagai Exco.

Melihat video klip Akmal dibelasah oleh pembangkang di DUN Perak, skuad Edisi Siasat merasa agak pelik, Akmal seolah-olah memekakkan telinga kepada soalan-soalan penting mengenai Covid-19 yang ditanyakan kepada beliau.

Kita memahami, mungkin data-data terperinci tidak ada pada Akmal ketika itu, walau pun sepatutnya beliau membuat persiapan sebelum masuk ke DUN Perak tetapi sekurang-kurangnya maklumkan kepada pembangkang jawapan bertulis akan diberikan dan bukannya mengelak menjawab soalan dengan terus membaca teks ucapan.





Atau Akmal dengan sengaja tidak mahu melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai EXCO Kesihatan?

Akmal dilihat seolah-olah bersikap lepas tangan dan meletakkan segala usaha untuk memerangi pandemik Covid-19 ke atas bahu Menteri Besar Perak, DS Saarani Mohamad.

Seringkali Saarani dilihat hanya bersama dengan Setiausaha Kerajaan Negeri ketika meninjau kelancaran operasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sekitar negeri Perak.

Sebagai EXCO Kesihatan, Akmal sepatutnya meninjau sendiri PPV di Perak untuk mengenalpasti kekurangan dan bantuan segera yang diperlukan PPV supaya sasaran imuniti berkelompok dapat dicapai dengan segera di Perak.





Tetapi, oleh kerana sikap tidak bertanggungjawab Akmal, Saarani terpaksa mengambil alih tanggungjawab itu.

Dalam sesi penggulungan itu, ADUN Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How menempelak Akmal.

“Adalajh tidak wajar Akmal memberikan alasan bahawa struktur menangani Covid-19 dipengerusikan oleh Menteri Besar bersama Setiausaha Kerajaan Negeri”.

“Apabila ditanya kenapa beliau tidak turun padang, beliau menjawab, kalau terima jemputan Menteri Besar, beliau akan turun!!!”.





Bagi skuad Edisi Siasat, sikap yang ditunjukkan oleh Akmal, seolah-olah membawa maksud, beliau mahu supaya usaha menangani pandemik Covid-19 di Perak gagal dan semua kesalahan akan ditujukan kepada Menteri Besar.

Kalau itu sikap yang ditunjukkan oleh Akmal, maka ia adalah satu usaha sabotaj ke atas kepimpinan Menteri Besar Perak, DS Saarani Mohamad dan Akmal tidak layak berada di kerusi apa juga EXCO Negeri Perak!!!.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker