Guan Eng – 3 TPM Kalau PH Berkuasa (Rakyat Dapat 30 Ringgek)

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, memaklumkan, sekiranya Pakatan Harapan memerintah semula, pentadbiran negara akan mempunyai 3 Timbalan Perdana Menteri.

Satu dari Semenanjung, satu dari Sabah dan satu lagi dari Sarawak.

“Saya secara peribadi tiada bantahan jika cadangan demikian. Mengapa setidaknya ada timbalan perdana menteri dari Sabah dan Sarawak kerana kita semua rakyat Malaysia”.

“Ini (jawatan) sesuatu yang boleh jadi (kenyataan) juga tetapi yang penting adalah kena ada perbincangan (bersama parti komponen pembangkang) supaya boleh bawa sesuatu yang benar-benar bermanfaat,” tambah beliau.





Guan Eng berkata demikian menjawab soalan diajukan pengacara rancangan yang juga Setiausaha Agung Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Nelson W. Angang berhubung cadangan pemberian tiga jawatan itu bagi mengukuhkan hubungan kerjasama tiga pemimpin pembangkang dari negeri-negeri berkenaan.

Bagi kami di Edisi Siasat, ini merupakan satu lagi dalil mengenai pendirian ‘flip flop’ Pakatan Harapan.

Di satu masa, Pakatan Harapan mengkritik saiz mega Menteri dan Timbalan Menteri yang dibentuk oleh Perikatan Nasional dan Ismail Sabri atas alasan membazirkan wang rakyat.

Tapi di satu masa yang lain, Pakatan Harapan menjanjikan 3 Timbalan Perdana Menteri sekiranya mereka kembali ke Putrajaya.

Cukup-cukuplah rakyat lenjun selama 22 bulan dan diterus dilenjunkan lagi selama 18 bulan oleh Perikatan Nasional.





Kalau dah sampai 3 Timbalan Perdana Menteri, rakyat dapat apa?

30 ringgek!!!

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker