I’M BACK… Muhyiddin Di Lantik Pengerusi MPN Bertaraf Menteri

Mantan Perdana Menteri yang menerajui #kerajaangagal telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara, TS Mohd Zuki Ali, perlantukan itu berdasarkan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Mahiaddin Md Yasin untuk menerajui Majlis Pemulihan Negara dalam merangka strategi pemulihan negara, demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

‘Good luck’ kepada Ismail Sabri kerana melantik semula orang yang bertanggungjawab menghancurkan ekonomi dan kehidupan rakyat untuk ‘memulihkannya’.

Maka lengkaplah sudah pentadbiran klon Mahiaddin ke dalam pentadbiran Ismail Sabri.





Ibarat cuma menukar nakhoda tetapi tetap menggunakan anak kapal yang sama untuk ‘menyelamatkan’ kapal yang telah mereka hancurkan!!!

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker