Jurutera kilang dipercayai mabuk rempuh SJR ditahan

Jurutera kilang dipercayai mabuk rempuh SJR ditahan

Jurutera kilang dipercayai mabuk rempuh SJR ditahan

NIBONG TEBAL: Polis menahan seorang jurutera kilang selepas dipercayai memandu bawah pengaruh alkohol hingga nyaris melanggar petugas di sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Besar Simpang Ampat, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, lima anggota polis bersama seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sedang melakukan tugas di SJR berkenaan, sebelum didatangi sebuah kereta Toyota Estima yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern, berkata anggota RELA yang melihat pemandu kereta di lorong kanan itu secara tiba-tiba membelok ke lorong kiri, menjerit beberapa kali berikutan nyaris melanggar petugas di SJR.





“Bagaimanapun, petugas sempat menyelamatkan diri dengan mengelak ke bahu jalan manakala pemandu kereta pula terus merempuh dan mengheret peralatan seperti kon keselamatan, papan tanda pemeriksaan, payung dan lampu sejauh 200 meter.

“Selepas itu, lelaki berkenaan cuba melarikan diri namun polis berjaya menahannya tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Hasil siasatan mendapati lelaki berkenaan berada bawah pengaruh alkohol dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Simpang Ampat, di sini selepas bertemu pelanggannya di Bukit Mertajam,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Chong Chern berkata, dalam insiden itu tiada petugas cedera berikutan mereka sempat mengelak.

“Semakan mendapati suspek berusia 41 tahun itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Dia kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26(2) Akta Polis 1967 dan Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.





Jurutera kilang dipercayai mabuk rempuh SJR ditahan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/02/wanita-myanmar-ditahan-guna-identiti-orang-lain-dapatkan-vaksin/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker