KL City sedia pertahan rekod jumpa Kedah

KL City sedia pertahan rekod jumpa Kedah
Skuad Kedah mengadakan latihan di Pudu Ulu, Kuala Lumpur petang tadi sebagai persediaan berdepan KL City di Cheras malam esok. – Foto ihsan Facebook KDA FC.

KL City sedia pertahan rekod jumpa Kedah

KUALA LUMPUR: Adakah Kedah Darul Aman FC (KDA FC) akan menjadi pemusnah rekod tanpa kalah yang dipegang Kuala Lumpur City FC (KL City) hampir lima bulan?

Persoalan itu hanya akan terjawab selepas aksi 90 minit di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur malam esok dengan kedua-dua pasukan sudah pasti tidak mahu tercicir mata penting ketika saingan musim ini sedang menuju kemuncak.

Apa yang menarik, Kedah menjadi pasukan terakhir berjaya menundukkan KL City pada April lalu dan selepas itu skuad kendalian Bojan Hodak tidak tewas dalam 10 perlawanan berikutnya.

Skuad Lang Merah yang masih memiliki baki tiga perlawanan musim ini akan turun dengan misi memburu tiga mata berharga bagi meneruskan langkah mereka mengejar gelaran naib juara selepas JDT sudah sah mempertahankan kejuaraan Liga Super buat tahun kelapan berturut-turut.






Disyorkan Untuk Anda :


Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu kini mengumpul 39 mata di kedudukan kedua dan mereka dicabar hebat Terengganu FC (TFC) dan Penang FC yang berkongsi 37 mata di tangga ketiga dan keempat.

KL City turut memiliki ‘nafsu’ sama bagi meneruskan rentak cemerlang selepas meraih tiga kemenangan berturut-turut sebelum ini selain skuad City Boys itu turut masih belum tewas di gelanggang sendiri sepanjang musim ini.

Selain itu, pertembungan pasukan bawahan antara PJ City dan UiTM FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) juga pasti menarik yang mana ia akan menentukan nasib UiTM FC dalam Liga Super musim depan.

Walaupun hampir pasti bakal tersingkir ke Liga Perdana musim depan, UiTM FC masih meneruskan sisa perjuangan mereka dalam baki tiga lagi perlawanan musim ini selepas hanya mengumpul sembilan mata daripada 19 perlawanan dan berada di kedudukan tercorot.

KL City sedia pertahan rekod jumpa Kedah






Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/04/raiola-tuntut-gaji-rm4-7-juta-seminggu-untuk-haaland/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker