Raiola tuntut gaji RM4.7 juta seminggu untuk Haaland

Raiola tuntut gaji RM4.7 juta seminggu untuk Haaland

Raiola tuntut gaji RM4.7 juta seminggu untuk Haaland

MANCHESTER: Ejen terkenal, Mino Raiola dilaporkan menuntut gaji sebanyak £825,000 (RM4.7 juta) seminggu untuk pemain sensasi, Erling Haaland pada musim panas ini – dan juga £34 juta (RM194 juta) untuk dirinya.

Penyerang Borussia Dortmund itu dikaitkan dengan perpindahan keluar daripada Signal Iduna Park susulan prestasi cemerlangnya bersama pasukan Bundesliga itu.

Manchester United, Manchester City, Chelsea, Real Madrid, Barcelona dan Bayern Munich menjadi antara pasukan yang mengintai untuk mendapatkan khidmatnya.





Tumpuan akan terarah pada 2022 memandangkan penyerang itu boleh diikat dengan harga £64 juta (RM366 juta) susulan klausa dalam kontraknya.

Wartawan Sport Bild, Christian Falk mendedahkan tuntutan yang dikemukakan Raiola untuk pelanggannya itu.

Bukan sahaja pasukan perlu membayar gaji £825,000 (RM4.7 juta) seminggu untuk Haaland namun perlu membayar £34 juta (RM194 juta) untuk bayaran ejen.

Sunsport difahamkan United dan City akan berentap untuk mendapatkan pemain itu pada musim panas depan.

– AGENSI





Raiola tuntut gaji RM4.7 juta seminggu untuk Haaland


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/03/paralimpik-brenda-tidak-lepas-ke-final/

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker