Sekolah Tetap Di Buka 3 Oktober Ini, Memang Keras Kepala Mamat Nie

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Dr Md Radzi Jidin memang seorang yang mempunyai ‘pendirian tegas’.

Tapi masalahnya, ketegasan pendirian beliau akan merisikokan berpuloh ribu nyawa murid sekolah.

Sewaktu menjawab soalan wartawan di Kangar, Radzi Jidin tetap menegaskan sesi persekolahan secara bersemuka tetap akan dilaksanakan bermula 3 Oktober 2021.

Baca di sini:





https://www.google.com/amp/s/www.astroawani.com/berita-malaysia/sekolah-akan-tetap-dibuka-3-oktober-menteri-pendidikan-317677%3famp=1

Skuad Edisi Siasat tidak pasti, atas dasar apa beliau tetap mempertahankan keputusan yang beliau buat di era Perikatan Nasional dahulu.

Untuk rekod, disebabkan keputusan melaksanakan sesi sekolah secara bersemuka sebelum ini, lebih 80000 murid sekolah telah dijangkiti Covid-19.

Itu sebelum virus Covid-19 varian Delta menular di negara ini, cuba bayangkan keadaan yang akan berlaku apabila sesi persekolahan secara bersemuka dimulakan pada 3 Oktober ini!!!

Murid-murid sekolah, tidak ada seorang pun yang sudah mendapat vaksin, termasuk murid sekolah yang akan mengambil peperiksaan awam.





Apa sudah ada langkah yang telah dan akan diambil oleh Radzi Jidin untuk memastikan paling tidak murid-murid ini melengkapkan 2 dos vaksin mereka?

Ini tidak termasuk dengan isu warga guru yang enggan mengambil vaksin.

Apakah tindakan yang akan dan telah diambil untuk memastikan mereka tidak membahayakan nyawa murid-murid sekolah?

Sudahkah sesi kaunseling dilakukan terhadap mereka?

Yang kita pasti hanya pihak Istana Johor dan pihak Istana Selangor sudah mengambil tindakan untuk berbincang dengan mereka.





Tidak kedengaran pihak Kementerian Pendidikan mengambil langkah sedemikian, sedangkan tanggungjawab untuk memastikan keselamatan murid-murid sekolah adalah tanggungjawab utama kementerian.

Seperti ingatan Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, kaji semula keputusan itu, jangan sudah terantuk baru hendak tengadah.

Kalau pun hendak tegas, biarlah berasas!!!

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker